loading...

Monday, 21 February 2022

Mahu Timang Bayi Lelaki, Wanita Hamil Ketuk Paku Ke Dalam Kepala

Rate this post

Terpedaya dengan saranan seorang dukun, seorang wanita hamil di Pakistan sanggup memasukkan paku ke dalam tengkoraknya.

Tindakan drastik ini dilakukan kerana mahukan bayi lelaki.

Perkara tersebut kemudian mengejutkan pihak doktor di Hospital Lady Reading, Peshawar yang memeriksa kepala wanita itu.

Menurut mereka, terdapat paku sepanjang dua inci yang tersangkut di tengkorak wanita itu, yang disahkan melalui x-ray.

Namun kisahnya benar-benar membuatkan kakitangan hospital itu terdiam.

Wanita tersebut menjelaskan bahawa paku di tengkoraknya itu telah disarankan oleh seorang dukun.

Dukun tersebut berjanji bahawa ia akan menjamin bahawa dia akan melahirkan anak lelaki pertamanya dan bukannya anak perempuan keempatnya.

Wanita yang tidak dikenali pasti identitinya itu difahamkan sedar sepenuhnya namun berada dalam kesakitan yang amat sangat ketika dia tiba di hospital.

Sumber foto – Oddity Central

Dia turut mencuba untuk mengeluarkan sendiri paku besi daripada tengkoraknya, tetapi tidak berjaya.

Dia kemudian memberitahu doktor bahawa suaminya telah mengugut untuk meninggalkan dirinya seandainya dia melahirkan seorang lagi anak perempuan, justeru membuatkan dia terdesak untuk menghamilkan anak lelaki pertama mereka.

Selepas melakukan pemeriksaan x-ray dan mengesahkan bahawa paku itu tidak memasuki otaknya, doktor di hospital itu akhirnya berjaya mengeluarkan objek asing daripada tengkoraknya.

The post Mahu Timang Bayi Lelaki, Wanita Hamil Ketuk Paku Ke Dalam Kepala appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...