loading...

Tuesday, 8 February 2022

Trend Merpati Pelangi, Jabatan Veterinar Beri Nasihat Pada Peniaga

Baru-baru ini, laman sosial media melaporkan mengenai perniagaan burung merpati yang diusahakan di sebuah premis di Simpang Tiga, Pulau Kampung Ke, Kelantan.

Difahamkan, kedai itu mula menarik perhatian orang ramai dan pada masa sama menerima jualan yang semakin meningkat selepas usahawan itu mencetus idea ‘kreatif’ dengan mewarnakan burung merpati peliharaannya dengan warna pelangi.

Menggelar burung itu sebagai ‘Rainbow Pigeon’, dia menjelaskan akan mewarnakan burung itu dalam dua warna menggunakan penyembur cat kenderaan.

“Saya membeli burung merpati berusia kira-kira sebulan daripada pembekal dan ia akan dijinakkan terlebih dahulu dalam masa dua minggu hingga sebulan.

“Selepas itu, saya akan sembur dua warna itu dengan kedua-dua mata merpati ditutup dengan pelekat dan prosesnya hanya mengambil masa kira-kira lima minit.

“Prosesnya juga tidak sukar kerana merpati itu jinak, tetapi ada kalanya perlu ditenangkan dan setakat ini hanya merpati dan ayam hutan yang badannya hanya berwarna putih,” katanya dipetik dari portal BH.

Tidak disenangi netizen termasuk pakar veterinar

Trend ini bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang netizen khususnya pencinta haiwan termasuk pakar veterinar, Dr Salehatul Khuzaimah.

Dia terus menyiarkan satu catatan di media sosial, kemudian meluahkan kekecewaannya dengan apa yang berlaku dan berkata tindakan mewarna burung itu hanya akan memudaratkan haiwan tersebut.

Jelas Dr. Salehatul Khuzaimah atau lebih akrab dipanggil Dr Ima, manusia tidak tahu kesan apa yang akan dikenakan pada bahagian dalam haiwan yang diwarnakan tadi.

Malah, menurutnya, haiwan itu tidak dapat memberitahu apa yang dihadapinya.

“Kita mungkin tak tahu apa kerosakan yang berlaku pada dalamannya. Mungkin dia tak mati terus, tapi masalah dalaman yang berlaku boleh ke dia beritahu? Tak boleh.

“Hantaran ini adalah untuk mengajar orang-orang kita bahawa ini adalah tidak betul. Mohon tidak menyokong tindakan sebegini,” kata Dr Ima. kata Dr Ima.

No demand no supply

Enggan menyalahkan ahli perniagaan atas perkara ini, pakar haiwan itu menegaskan trend itu tidak akan menjadi popular sekiranya ia tidak menerima permintaan dari orang ramai.

Sebaliknya, beliau meminta orang ramai membuka mata untuk memastikan isu sama tidak berulang.

“Yang pergi beli pun saya tak faham.. no demand, no supply.

“Mari bersama timbulkan kesedaran agar perkara sebegini tidak lagi berulang,” kata Dr Ima lagi.

Majoriti netizen di Instagram, Facebook dan Twitter juga dilihat bersetuju dengan pandangan yang diberikan Dr Ima dan mahu trend ini dihentikan demi keselamatan haiwan-haiwan terbabit.

Malah, ramai yang menyifatkan tindakan menyembur mana-mana haiwan dengan cat berwarna sebagai satu bentuk penderaan.

The post Trend Merpati Pelangi, Jabatan Veterinar Beri Nasihat Pada Peniaga appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...