loading...

Thursday, 24 February 2022

Bapa Bermimpi Anak Masih Hidup, Kuburan Digali, Dikebumikan Kali Kedua

Rate this post

Berita mengejutkan ini berlaku di Palembang, Indonesia seorang ayah mendapat mimpi anaknya yang telah dikebumikan hidup kembali.

Difahamkan, seorang wanita iaitu anaknya dikebumikan pada pukul 2 petang pada 20 Februari, Ahad yang lalu.

Wanita itu dikenali sebagai Yeni, 31, penduduk Kampung Lorong Binjai 3-4, Daerah Seberang Ulu (SU) I, Palembang.

Menurut berita daerah sindonews, hal ini hanya diketahui bapa mangsa Wasani, 50, yang mendakwa bermimpi anaknya masih hidup selepas pertama kali dikebumikan.

“Pada mulanya anak saya meninggal dunia tanpa sakit. Malah, sebelum meninggal anak saya ke bilik untuk tidur. Kerana tidak sedarkan diri, kami bawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia, jadi semalam dikebumikan sekitar pukul 14.00 WIB,” ujar bapanya pada 21 Februari.

Misrinah, penduduk setempat berkata, kejadian sebenar tidak seperti yang tersebar luas dalam masyarakat. Dia berkata, wanita itu meninggal dunia pada pagi Ahad, 20 Februari yang lalu, selepas menghadiri majlis keluarga malam itu. Upacara pengebumian dilakukan pada hari yang sama sekitar jam 2 petang.

Pada waktu maghrib, seorang ahli keluarganya mendengar bisikan wanita itu masih hidup. Penduduk setempat membantu mereka sekeluarga untuk menggali kubur anaknya dan alangkah terkejut apabila melihat wanita itu masih hidup, wajahnya berseri-seri. Ketika dibawa pulang, wanita itu tidak mengucapkan sepatah kata.

Setelah 5 jam hidup kembali, dia dikebumikan semula selepas disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.

The post Bapa Bermimpi Anak Masih Hidup, Kuburan Digali, Dikebumikan Kali Kedua appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...