Menteri Khairy Jamaluddin sebelum ini pernah mengumumkan bahawa Malaysia akan melarang rokok dan produk tembakau bagi mereka yang lahir selepas tahun 2005.
Perkara tersebut disuarakan Khairy ketika sesi pertemuan ke-150 Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva dan berharap undang-undang itu dapat diluluskan pada tahun ini (2022).
Ini adalah dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang lahir selepas 2005. Malaysia merasakan ia akan memberi impak yang besar dalam mencegah dan mengawal NCD (penyakit tidak berjangkit).
Selain itu, Khairy berucap perutusan Tahun baharu 2022 kepada Kementerian Kesihatan turut bercakap mengenai ‘generasi penamat perbuatan merokok’ di mana visi pihak KKM adalah untuk melihat generasi akan datang ‘tidak tahu apa itu rokok’.
Untuk pengetahuan, satu daripada lima (21.3%) penduduk berumur 15 tahun dan ke atas di negara ini adalah perokok menerusi laporan Malaysia 2020 kepada Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau.
KKM menganggarkan terdapat 27,000 kematian disebabkan tembakau setiap tahun di negara ini seperti penyakit jantung, kanser dan strok.
The post KKM Mahu Generasi Akan Datang Tak Tahu Apa Itu Rokok appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment