Anda percaya atau tidak, sihir masih lagi diamalkan pada zaman moden ini walaupun sudah memasuki tahun 2022.
Demi menjatuhkan musuh, mereka sanggup melakukan pelbagai cara dan kebanyakan isu ini wujud dalam kalangan masyarakat Melayu.
Baru-baru ini tular di TikTok, pemilik kedai makan Lamb Chop mengalami keadaan aneh dimana ketika staff memanggang ‘lamb chop’ ulat tiba-tiba muncul.
Video ini telah dimuatnaik oleh akuan peribadi milik @doubleastation. Kini video ini telah mencapai sehingga 1.8 juta tontonan, 73.6 tanda suka dan 2 ribu komen dari penonton.
Berikut merupakan video tersebut:
Menerusi video ini, dilihat beberapa ekor ular keluar dari ‘lamb chop’ ketika staff mereka sedang memanggang daging tersebut. Malahan, daging tersebut baru sampai pada pagi tadi.
Kedai masakan barat ini terletak di Pasir Puteh, Kelantan.
Pemilik kedai ini juga berkongsi bahawa pelanggan juga pernah mengalami situasi yang pelik. Sewaktu mereka berkunjung ke kedai ini mereka melihat kedai ini tutup tetapi kedai ini memang beroperasi pada hari itu.
Kedai ini memang antara yang top di Pasir Puteh
“Sy g make doh sblum ni mmg terbaikk.. kedai ni mmg antara kedai yg top di pasir puteh,” komen netizen.
“Sy pernah lalui..bila masak nasi goreng takde pun ulat ke ape..tibe dekat customer,ulat hidup lg berlegar2 kat pinggan, ” komen netizen lain.
“Sabar abg .. mknn kdai abg mmg sdp sy dh pg mkn 3 hri lps … first time prgi,” tulis seorang netizen.
Rata-rata netizen bersimpati dan menasihati pemilik kedai ini melakukan perubatan Islam untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ada juga yang mencadangkan supaya dia menukar pembekal.
Namun begitu, pemilik kedai makan ini telah beberapa kali memanggil beberapa orang ustaz untuk menyelesaikan masalah ini.
Berikut di bawah antara komen dari netizen:
The post “Lamb Chop Tengah Grill Ada Ulat ” – Pemilik Kedai Makan Terkena Sihir appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment