loading...

Monday, 14 February 2022

Sebab Jarang Kongsi Gambar Suami, Shima Anuar Bengang Dituduh Malu Ada Suami Tua

1/5 - (1 vote)

Satu spekulasi tercetus apabila seorang netizen mengatakan kononnya aktres itu malu berkahwin dengan lelaki tua.

Ini adalah disebabkan, Shima Anuar yang jarang berkongsi gambar suaminya.

Screesnhot instagram Shima Anuar

Enggan berdiam diri dengan diajukan soalan seperti itu, Shima yang berkahwin dengan ahli perniagaan Mohd Solih Toha, 54, menjelaskan tidak perlu dia berkongsi gambar suaminya di laman media sosial.

“Untuk menjawab soalan itu, saya tak nampak kepentingan untuk saya selalu update hal peribadi di sosial media untuk promote suami saya.

“Beritahu saya, untuk apa? Sebagai seorang isteri, saya bahagia dan bangga ada suami macam dia. Tapi bagi saya, semua itu tak perlu selalu sangat ditunjuk satu dunia,” ujarnya. katanya.

Shima Anuar tak suka kongsi hal peribadi

Sebelum ini, Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar memuatnaik pertanyaan seorang netizen, – individu yang mempersoalkan aktres itu jarang berkongsi gambar suaminya.

“Kenapa Shima tak selalu kongsi gambar husband? Adakah sebab husband tua daripada Shima?” tulis individu itu.

Sebagai seorang isteri, saya gembira dan bangga mempunyai suami seperti dia.

Pada masa yang sama, Shima turut memaklumkan dia tidak berminat untuk aktif di platform media sosial kerana sudah muak dengan perangai netizen yang suka menilai kehidupan orang lain.

“Saya memang jarang aktif di sosial media sebab saya dah muak. Saya dah muak dengan perangai manusia yang pelik-pelik.

“Ya, saya juga ada akuan peribadi di mana saya kongsi apa saja yang saya mahu tanpa risau dengan penilaian orang,” katanya lagi.

Keluarga Shila Anuar

Tambah Shima lagi, dia sedar individu berkenaan menulis komen itu bertujuan bagi menarik perhatiannya.

“Saya nak balas komen awak tapi dah tak jumpa komen itu. Tak tahu la awak padam ke apa. Tapi saya sempat screenshot.

“Saya tahu niat awak hanya untuk dapatkan perhatian saya sebab itu awak cakap macam itu. Awak mahukannya? Awak dapat,” kata Shima.

Untuk pengetahuan umum, Shima berkahwin dengan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.

The post Sebab Jarang Kongsi Gambar Suami, Shima Anuar Bengang Dituduh Malu Ada Suami Tua appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...