Walaupun bukan dari golongan kaya, setiap wanita pasti menginginkan suaminya boleh membahagiakan dirinya.
Kadangkala, hidup dalam kesederhanaan ini lebih bahagia kerana tiada bebanan dalam hidup.
Wanita juga tidak semua mahu menjalani kehidupan yang dipenuhi permata emas kerana bagi segelintir mereka, mendapat suami yang bertanggungjawab dan pandai menjaga hati isteri adalah lebih memadai.
Ini sama seperti berkongsi pengguna TikTok yang dikenali sebagai @niesaregae ketika memuat naik detik-detik gembira yang diberikan suaminya ketika keluar bersama.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah suaminya yang gigih membuat kejutan istimewa dengan meletakkan hadiah dan bunga ros pada bonet kereta.
Warganet juga turut memuji wanita tersebut kerana langsung tidak kisah menaiki kereta lama dengan suaminya.
@niesaregae Terima kasih suami ku
♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar
Di sini cukup jelas bahawa kebahagiaan tidak memerlukan kekayaan material, ia sudah cukup membuatkan orang di sekeliling kita rasa dihargai.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen rasa kagum dengan layanan baik suami wanita itu yang melakukan apa sahaja untuk menggembirakan isterinya.
The post Kereta Buruk Tidak Menjadi Masalah, Suami Dipuji Bahagiakan Isteri Dengan Hadiah Yang Mahal appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment