Buat makluman, gaji ialah bayaran sejumlah wang yang tetap atau pampasan yang diberikan oleh majikan kepada pekerja yang ditetapkan dalam kontrak pekerjaan.
Ia adalah sebagai pertukaran untuk tugas atau kerja yang dilakukan dan biasanya dibayar mengikut tempoh tertentu. Ayat ‘gaji’ diserap dari perkataan Bahasa Belanda: gage yang turut meminjam kata bahasa Perancis, gages yang bermaksud ‘perjanjian’.
Dahulunya, ayat gaji ini dulu pernah dieja secara rumi sebagai gadjih atau gadjie.
Memetik dari portal Utusan, majikan di Malaysia adalah paling kedekut dalam membayar gaji, menjadikan Malaysia negara paling kedekut di ASEAN. Difahamkan, Majikan Malaysia hanya belanja 25 peratus daripada KDNK untuk bayar gaji pekerjanya.
Angka ini antara yang paling rendah di rantau ini berbanding Singapura (40 peratus), Indonesia (84 peratus) dan Filipina (76 peratus) di bandar-bandar utama negara berkenaan.
Namun, perbezaan ketara ratusan juta penduduk ini perlu mengambil kira penduduk negara dengan Malaysia (33 juta), Indonesia (273 juta), Filipina (109 juta) dan Singapura (5.6 juta).
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berpandangan, peratusan bayaran yang begitu rendah itu tidak masuk akal kerana rata-rata majikan berkemampuan untuk membayar lebih daripada gaji minimum RM1,200, – ketika bercakap kepada Utusan Malaysia.
Malah, katanya, kerajaan sudah membantu majikan dalam pelbagai bentuk bantuan bagi meraih semula pendapatan yang hilang sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
“Mereka sering berkata sekarang bukan masa sesuai untuk menaikkan gaji minimum ke RM1,500 kerana kesukaran ekonomi dan Covid-19.
“Alasan ini sudah menjadi standard, sedangkan kerajaan telah mendahulukan pelbagai jenis bantuan bernilai berbilion ringgit.
“Majikan sepatutnya menjadikan masyarakat berkuasa beli, bukan memberikan masyarakat kuasa berhutang. Apabila bayar gaji rendah, ini membuka ruang untuk berhutang, pekerja terpaksa buang masa kerja lebih masa.
“Bayangkan, majikan Malaysia hanya membelanjakan 25 peratus daripada KDNK untuk membayar gaji pekerjanya, Malaysia sudah menjadi negara paling kedekut di Asia Tenggara,” katanya.
Beliau mengulas mengenai pendirian Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan pakar-pakar ekonomi yang membantah dan tidak bersetuju dengan kenaikan gaji minimum RM1,500 berdasarkan pelbagai faktor.
Ini selepas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan memberi jaminan bahawa gaji minimum baharu akan dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.
Pada masa sama, Abdul Halim juga menempelak kenyataan MEF bahawa kenaikan gaji minimum hanya akan menguntungkan pekerja asing.
Pekerja asing untung kerana majikan hanya mementingkan pekerja asing bukan gaji pekerja tempatan yang diberhentikan.
“Kenapa pekerja tempatan tidak mahu mengambil pekerjaan tertentu?
“Kerana gaji rendah, kalau majikan ambil pekerja asing lebih murah. Pekerja asing pun tidak perlu dibayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bayaran untuk kerja lebih masa,” katanya.
Sebaliknya, katanya, ketika gaji minimum mula diperkenalkan pada paras RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia manakala RM800 lagi bagi Sabah dan Sarawak, ekonomi negara menjadi semakin rancak ketika itu.
“Kebanyakan syarikat tidak tutup pada masa itu, malahan lebih banyak syarikat ditubuhkan, pelaburan asing juga banyak masuk ke dalam negara. Jadi, kerajaan perlu tegas dengan keperluan rakyat. Rakyat sudah banyak berkorban…mengeluarkan duit KWSP, majikan perlu prihatin”
The post Terima Gaji Paling Rendah, Majikan Malaysia Paling Kejut Kedekut Bayar Gaji Di Asia Tenggara appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment