Baru-baru ini, tular kisah seorang lelaki berusia 39 tahun terlalu obses dengan perhiasan emas.
Lelaki tersebut menjadi tular disebabkan dia memakainya emas di leher dan tangannya. Malah, motosikal dan kereta juga turut bersalutkan emas.
Tran Duc Loi, seorang ahli perniagaan dari wilayah An Giang di Vietnam telah menarik perhatian kerana minatnya yang terlalu taksub terhadap logam berharga itu.
Memetik portal Oddity Central lagi, sejak tiga tahun lalu, sumber pendapatan utama Tran ialah menjual biawak Amerika sebagai haiwan peliharaan yang mahal.
Ini menyebabkan dia boleh membeli emas yang banyak.
“Dia percaya emas boleh menarik nasib baik dalam perdagangan, jadi dia membuat keputusan untuk menggunakan emas sebanyak mungkin,” jelas Oddity Central.
“Pada mulanya saya hanya menggunakan beberapa utas emas dan kemudian menambah lagi sehingga mula terasa beratnya tetapi terbiasa.
“Saya juga cuba mencari keseimbangan kerana emas kecil mudah pecah manakala emas tebal terlalu berat untuk digunakan dalam jangka masa yang lama,” katanya.
Menerusi video Tiktoknya, selain memiliki banyak emas, dia juga memiliki sebuah kereta Lexus yang disaluti emas.
Juga beberapa jenis motosikal yang disarungkan dengan perhiasan mewah.
Memandangkan semua kenderaan bersalut emas, Duc Loi bimbang untuk meninggalkannya tanpa pengawasan.
Mana tidaknya, proses penyesuaian emas sahaja telah menelan kos ratusan juta ringgit.
Duc Loi memakai hampir dua kilogram emas setiap kali keluar termasuk rantai leher 250 gram, 10 bentuk cincin besar serta gelang dan jam tangan tebal yang turut disadur emas.
“Disebabkan saya pengikut Feng Shui yang memberi maksud takdir emas, jadi ia padan dengan warna emas yang saya pakai,” katanya.
Biarpun mendapat kecaman hebat daripada netizen yang mengatakan dia menunjukkan contoh yang tidak baik kepada golongan muda, video-video Tiktoknya telah membuatkan lelaki ini terkenal di seluruh dunia di media sosial.
Kebanyakan video beliau mendapat jutaan tontonan dan ramai juga yang meninggalkan komen dengan harapan ia akan menjadi sepertinya yang dikelilingi emas.
The post Murah Rezeki Hasil Jual Biawak, Lelaki Beli Emas Buat Perhiasan appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment