loading...

Monday, 21 February 2022

“Aku Yang Laki Pun Melting”- Tersangkut Selama 2 Jam, Seorang Lelaki Solat Dalam ‘Train’

Rate this post

Walaupun anda sakit atau mempunyai jadual harian yang terlalu padat, itu bukan beerti anda boleh meninggalkan solat. Solat wajib dilaksanakan bagi semua umat Islam yang sihat dan cukup syarat.

Jika anda meninggalkan solat dengan sengaja, maka hukumnya haram dan berdosa. Anda wajib qada’ semua solat yang ditinggalkan tanpa terkecuali.

Para pembaca sekalian, lelaki ini patut dijadikan contoh dan kita juga boleh berubah menjadi insan yang lebih baik. Baru-baru ini tular di halaman TikTok, seorang lelaki sedang solat dalam ‘train’ dan video ini dimuatnaik oleh @zaheeeed.

Kini, video ini telah mencecah sehingga 442.1 ribu tontonan, 55.6 ribu tanda suka dan 1 ribu komen.

Islam itu mudah, jangan rumitkan keadaan.

Menerusi video tersebut, dilihat seorang lelaki sedang solat hormat waktu setelah tersangkut dalam ‘train’ selama 2 jam. Pemilik video ini memberitahu ‘train’ atau KTM ini ‘delay’ sebelum melalui Stesen Keretapi Anak Bukit, Alor Setar.

Pemuda ini juga menanggalkan kasutnya dan meletakkan kakinya di atas kasut. Ada juga netizen yang melihat cincin di jari kelengkeng tangan kirinya dan memuji lelaki ini kerana mengamalkan sunnah.

كَانَ خَاتِمُ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِى هَذِهِ. وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى

Maksudnya: Adalah Nabi SAW memakai cincin pada jari ini (sambil menunjukkan ke arah jari kelinking pada tangan kirinya)

Riwayat Muslim (2095)

Menurut portal rasmi e-Solat, solat hormat waktu boleh dilakukan dalam keadaan darurat atau terdesak, tanpa berwuduk atau tayamum. Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk solat di dalam keretapi tersebut dan membawa kepada terluputnya waktu solat, maka menurut mazhab Syafie, boleh menunaikan solat hormat waktu di dalam keretapi. Kemudian, menunaikan solat qadha sesampainya anda ke destinasi.

“Tinggi ilmu agama budak ni..”

Rata-rata netizen memuji akhlak lelaki tersebut dan ibu bapanya kerana berjaya mendidik anak menjadi orang yang beriman.

“Kalau mcm ni bukan setakat rse melting, aku rse malu, insecure and hina siak diri aku “

“Solat hormat waktu. Alhamdulillah carilah lelaki yang cukup jaga solat nya & menghormati kedua ibubapa. InshaAllah dia lelaki baik2, “ komen netizen lain.

Berikut antara komen netizen:

Sumber TikTok
Sumber TikTok

The post “Aku Yang Laki Pun Melting”- Tersangkut Selama 2 Jam, Seorang Lelaki Solat Dalam ‘Train’ appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...