Di waktu ini, rata-rata ramai manusia di seluruh dunia yang berdepan dengan krisis ekonomi di waktu pandemik dan ramai juga yang telah kehilangan punca pendapatan utama.
Sekiranya sumber pendapatan anda masih kekal dan tidak terjejas, jangan lupa bersyukur dan jangan lupa bahawa ramai yang telah kehilangan pekerjaan, hilang punca pendapatan dan mengalami masalah kewangan.
Seorang lelaki bernama Muhammad Yusof ada menceritakan di laman sosial berkongsikan satu kisah yang membuatkan ramai sedih dan sebak. Baca berikut ini.
Mahu beli beras 5 kilo
Masa saya nak bayar barang kat kedai runcit, depan saya ada sorang budak tengah nak bayar barang. Budak tu nak beli beras 5 kilo.
Tapi itulah time nak bayar, budak tu tak cukup duit pulak. Last-last budak tu tak jadi beli sebab tak cukup duit.
Masa cashier nak pulang duit budak tu saya perasan dia bayar guna duit seringgit-seringgit dan duit syiling.
Saya terus kata kat cashier, takpe saya bayarkan beras budak tu. Lepas tu saya hulur RM10 kat budak tu, saya kata buat duit dia pergi sekolah.
Budak tu ucap ‘terima kasih bang..’, lepas tu dia hilang.
Time-time sekarang ni, bersyukurlah kalau kita masih boleh makan kat restoran sedap-sedap,
sebab ada orang yang nak makan nasi pun bercatu sekarang ni
Sejak 2-3 bulan kebelakangan ni, macam-macam situasi yang menginsafkan berlaku depan mata saya.
Sesungguhnya, ‘susah is real’ itu realiti.
The post ‘Sesungguhnya susah is REAL’ – Mahu Beli Beras Tapi Duit Tak Cukup, Cashier Terpaksa Pulangkan Balik appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment