Hampir dua tahun turun naik mahkamah, balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh. Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan, hari ini.
Berikutan daripada itu, Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan diperintahkan membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.
Menurut peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.
“Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatlf yang dilemparkan kepada anak guam kami.
“Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yang dianiaya.”
“Ada Beberapa Fakta Tak Betul” – Ali Puteh
Dari sedutan video live di facebook yang dimuatnaik ke youtube berikut ini, Ali Puteh mengatakan beliau akur tapi akan membuat rayuan di makhamah tinggi dan menyatakan ada beberapa fakta yang tidak betul namun akur keputusan makhamah memihak kepada Nor Hidayah.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan menlnggal dunia pada 10 Februari 2020.
Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.
The post ‘Saya Akur, Tapi Saya Akan Buat Rayuan Sebab Ada Yang Tak Betul’ – Ali Puteh Buka Mulut Selepas Keputusan Dibuat appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment