loading...

Monday, 28 February 2022

“Sekali Pegang AIat SuI*t, Dapat RM500” – Artis Muda Kongsi Pengalaman Kawan Pernah Jadi Peneman Kepada Sugar Daddy

Rate this post

Ada juga individu yang apabila mengalami kesempitan hidup, mahu lari dari masalah dan akhirnya mengambil jalan mudah.

Jalan dipilih sangat mudah sehingga sanggup menggadaikan maruah dengan menjadi seorang ‘sugar baby’.

Baru-baru ini, penyanyi muda Bunga Isme dan Farisha Irish bercerita tentang pengalaman mereka apabila berkawan dengan individu yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral ini, memetik dari laman Kosmo! Online.

Jadi ‘sugar baby’ sejak usia 17 tahun

Bunga Isme memaklumkan, ada seorang rakannya yang terbabit dalam aktiviti ‘sugar baby’ sejak berusia 17 tahun kerana berdepan masalah kesempitan hidup.

Rakannya itu berasal daripada keluarga yang berpecah-belah, jadi dia dikatakan terpaksa memilih jalan tersebut untuk meneruskan kehidupan dan membiayai perbelanjaan sekolah.

Rakannya itu turut pernah memberitahu Bunga Isme, sekali seluk atau pegang bahagian ‘itu’, dia boleh dapat duit mudah bernilai rm500. Bayangkan jika dia melakukan perkara lain yang lebih ‘daring’.

Jelas penyanyi ini lagi, ibu bapa rakannya juga mengetahui kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh anak mereka tetapi mereka hanya berdiam diri.

Farisha Irish turut kongsi pengalaman

Dalam pada itu, penyanyi Farisha Irish turut berkongsi pengalamannya berkawan dengan individu yang menawarkan khidmat ‘sugar baby’ ketika di universiti.

Jelas Farisha, banyak lagi cara dan kerja halal yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan berbanding memilih cara ‘jalan pintas’ ini untuk mendapatkan kesenangan hidup.

Ada kawan yang jadi ‘sugar baby’ sebab perlukan duit.

Dia tidak terlalu menonjolkan kemewahan tetapi orang tahu dia melakukan aktiviti terkutuk sebegitu kerana dia mampu tinggal di rumah sewa berbanding pelajar lain yang tinggal di kolej.

The post “Sekali Pegang AIat SuI*t, Dapat RM500” – Artis Muda Kongsi Pengalaman Kawan Pernah Jadi Peneman Kepada Sugar Daddy appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...