Kehilangan orang tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya adalah pengalaman pahit dan sedih bagi semua orang.
Tetapi, itulah hakikat fitrah kehidupan, segala yang bernafas pasti akan pergi.
Bagi mereka yang masih mempunyai anak kecil, ingatan pemergian seorang bapa adalah pahit manis dan pada usia yang masih belum memahami apa itu erti kematian.
Sukar untuk digambarkan seorang kanak-kanak yang masih kecil akan memahami perkara ini.
@ustazahnurul.k_k lps ambil anugerah pelajar cemerlang..aisyah nak sngt jmp papa tunjuk hadiah smoga kuat nak#sayangselamanya #rindu #damaidisyurga ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar
Ada beberapa buah video yang telah dimuatnaik di akaun TikTok tersebut. Melihat ke ruangan komen, ramai netizen di video-video tersebut, ramai yang tersentuh hati kerana dalam usia yang begitu muda, anak-anak itu seakan-akan memahami dan menerima kematian ayah mereka.
Ada juga netizen yang menitiskan air mata kerana sedih melihat kesayuan video tersebut.
The post Terima Anugerah Cemerlang, Si Kecil Gigih Bawa Piala Ke Pusara Untuk Ditunjuk Pada Ayah appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment