Seorang lelaki berusia 51 tahun ditemui meninggal dunia ketika melakukan solat Duha di kediamannya, di Segambut pada Isnin.
Bersumberkan laporan portal Utusan, lelaki terbabit ialah Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditemui oleh rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 10 pagi.
Difahamkan, arwah sangat aktif dengan kerja-kerja murni dan mendapat cuti sakit akibat demam sejak beberapa hari lalu.
Menurut laporan Ketua Polis Wilayah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, polis menerima laporan daripada rakan mangsa yang datang ke rumahnya untuk menyediakan makanan.
Jelas rakannya, apabila dia masuk ke dalam bilik, dia mendapati mangsa tidak sedarkan diri, sedang sujud dan memakai jubah putih.
Bagaimanapun, jenazah beliau telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pembedahan taktikal akan dijalankan.
The post Pengurus Kanan KWSP Ditemui Meninggal Dunia Dalam Keadaan Sujud Ketika Solat Duha appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment