Apabila berbicara mengenai pernikahan, semua pasangan pasti teruja kerana ingin ‘mendirikan masjid’ dan hidup bersama sehingga hujung nyawa.
Anda juga tidak akan mengenali pasangan sehingga anda menikahinya. Bahkan, sebelum pernikahan pun banyak dugaan melanda.
Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video ini telah dimuatnaik oleh akaun peribadi @awangloh yang berkongsi berita kemalangan bakal isterinya.
Ini terjadi pada pasangan pengantin berkenaan yang akan menikah dalam 4 hari lagi. Menerusi video tersebut, bakal isterinya mengalami kemalangan jalan raya sehingga mukanya cedera teruk.
Kini, pemilik video ini telah menikahi wanita tersebut dan dia ingin susah senang bersama dengan isterinya.
Rata-rata netizen memuji reaksi pengantin lelaki ini kerana setia bersama wanita yang dicintai dan selalu ada di waktu kesusahan. Malahan, mereka juga mendoakan semoga rumah tangga pasangan ini sentiasa bahagia dan dipermudahkan semua urusan mereka.
Pasangan ini juga bertuah kerana mendapat restu keluarga dan pernikahan mereka berjalan dengan lancar. Ada juga netizen yang berkongsi cerita pernah mengalami kemalangan dan mendoakan kesembuhan pengantin perempuan.
“Ni org panggil darah manis kene banyak berjaga, semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki awak serta pasangan.
“Wey berniqab cantek, semoga kekal selamanya,” tulis netizen.
Berikut antara komen lain dari netizen:
The post “Lelaki Setia Itu Masih Wujud…” – Tunang Kemalangan 4 Hari Sebelum Nikah appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment