loading...

Tuesday, 8 February 2022

Catwalk Tanpa Facemask, Netizen Perli Wawa Zainal

Wawa Zainal baru-baru ini telah memuat naik satu video dia berada di tempat awam tanpa memakai pelitup muka.

Menerusi video yang dimuat naik itu, Wawa di akaun TikTok miliknya, dia yang mengenakan pakaian serba hitam dilihat melakukan ‘catwalk’ di hadapan sebuah pusat membeli-belah dipercayai berada di ibu kota.

Dilihat pada video tersebut, isteri kepada aktor terkenal, Aeril Zafrel itu sedang berada di satu photoshoot khas namun tiada maklumat tepat dan lengkap yang dapat dikongsikan mengenai perihal berkenaan.

Sebaliknya, Wawa menerusi ruangan kapsyen hanya meminta orang ramai untuk mencari lokasi video tersebut diambil.

“Cuba teka Wawa di mana,” aju Wawa di kapsyen video TikTok kepada pengikutnya.

@wawazainal92

teka wawa di mana

♬ original sound – Adrian HuHu

Hantaran video berkenaan bagaimanapun mendapat perhatian orang ramai kerana Wawa dilihat tidak memakai penutup muka walaupun kawasan itu menurut mereka kelihatan agak sesak dengan orang ramai.

Sehubungan itu, beberapa netizen dilihat sengaja memandang Wawa dengan mengatakan dia sebenarnya tidak berada di Malaysia kerana Standard Operating Producer (SOP) yang ditetapkan kerajaan itu mewajibkan orang ramai menggunakan penutup muka ketika berada di khalayak ramai.

Ada yang cuba meneka dengan menyebut nama pusat membeli-belah di Kuala Lumpur seperti Pavilion dan Proof of the Stars dan ada juga yang sengaja menyebut nama pelik seperti planet Pluto, Zuhal dan lain-lain.

Wawa Zainal mungkin berada di planet Pluto

Sumber – TikTok
Sumber – TikTok

Namun, dilihat di ruangan komen ada juga segelintir netizen yang beranggapan Wawa hanya membuka face mask untuk mengambil gambar (dan video) kemudian segera menyarungnya semula sebaik sahaja selesai sesi pengambaran.

Untuk makluman, KKM mewajibkan penggunaan penutup muka bagi melindungi saluran pernafasan daripada dimasuki virus COVID-19 melalui rongga hidung dan mulut.

Ini kerana virus maut boleh merebak melalui titisan cecair dan titisan cecair ini boleh dalam bentuk zarah besar (titisan) atau zarah kecil (aerosol).

Selain itu, face mask juga boleh digunakan untuk melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti oleh individu yang telah dijangkiti.

The post Catwalk Tanpa Facemask, Netizen Perli Wawa Zainal appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...