Rupa-rupanya ada sesetengah makanan yang tak sesuai untuk dimasak dalam air fryer tau. Adakah anda tahu makanan apakah itu?
Air fryer adalah alat menggoreng moden yang boleh menggurangkan sebanyak 80% lemak dengan berkesan kerana ia dilakukan dengan sedikit atau tanpa minyak langsung.
Air fryer adalah satu kaedah menggoreng yang sihat menggunakan udara panas.
Tapi sebenarnya tak semua bahan masakan sesuai untuk digoreng guna udara panas, tau!
Terdapat beberapa makanan yang tidak sesuai untuk dimasak dalam air fryer.
Nak tahu makanan apa itu? Memetik laman The Kitchn dan laman Southern Living, lihat perkara berikut ini.
Muffin
Walaupun air fryer dianggap sesuai untuk membuat hidangan kecil, tetapi tidak untuk makanan yang satu ini.
Muffin tidak sesuai untuk dimasak dalam air fryer kerana adunan muffin tidak akan naik dengan betul. Akibatnya, tekstur muffin akan menjadi sangat keras didalam dan juga diluar.
Doh tepung basah
Doh tepung basah adalah satu lagi makanan yang tidak sesuai untuk dimasak dalam penggoreng udara. Ini kerana doh akan melekat atau bocor dari bakul air fryer yang akan mengakibatkannya menjadi kucar-kacir.
Jika ingin menggoreng makanan yang dibalut dengan bancuhan tepung basah, sangat digalakkan untuk menggorengnya dalam kuali dan minyak biasa. Penggoreng udara hanya sesuai sebagai alat memasak untuk makanan sejuk beku.
Namun, jika anda masih ingin memasak adunan tepung basah di dalam air fryer, anda boleh lapik bakul air fryer dengan kertas parchment untuk mengelakkan doh dari menjadi hancur.
Telur rebus ‘goreng’
Telur rebus tidak sesuai untuk digoreng dalam air fryer. Ini kerana tekstur telur rebus boleh menjadi sangat kenyal, malah terasa seperti anda makan getah.
Kelli Foster, seorang Editor Makanan Senior di laman The Kitchn, sangat tidak menyarankan merebus telur rebus dalam air fryer. Anda perlu merebus telur rebus dalam periuk seperti biasa.
Keju
Memasak atau mencairkan keju dalam air fryer adalah tidak begitu sesuai, terutamanya jika tiada lapisan pelindung (kertas roti) pada air fryer.
Ini kerana keju yang dimasak dalam air fryer boleh menyebabkan bakul air fryer berkecai kerana keju menjadi cair dan menghasilkan asap yang agak tebal.
Nasi
Nasi tidak begitu sesuai untuk dimasak dalam air fryer kerana ia akan menyebabkan nasi menjadi kurang masak atau terlalu masak.
Memasak nasi memerlukan kelembapan yang banyak supaya nasi cepat masak.
Ini tidak sesuai dengan kaedah air fryer yang mempunyai udara kering, jadi ia tidak sesuai untuk memasak nasi.
Sayur-sayuran (jenis berdaun)
Sayuran berdaun tidak sesuai untuk dimasak dalam air fryer. Ini kerana sayur-sayuran berdaun akan bertukar menjadi garing apabila dimasak dalam air fryer. Sayuran berdaun ini termasuk bayam, kangkung, dan lain-lain.
Daging dengan tulang besar
Daging yang besar dan bertulang tidak sesuai untuk dimasak dalam air fryer kerana ia tidak akan memasak daging secara sekata.
Cara yang boleh anda lakukan jika ingin memasak daging yang ada tulang adalah dengan memotongnya kepada kepingan kecil supaya daging masak lebih cepat dan sekata.
Okay, demikian sahaja beberapa jenis makanan yang tidak boleh dimasak menggunakan air fryer. Adios!
The post Jenis Makanan Tidak Boleh Dimasak dalam Air Fryer appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment