loading...

Saturday, 12 February 2022

Wanita Kelihatan Lebih Tua Dan Hodoh Pada Setiap Rabu 3.30 Petang

Rate this post

Satu berita buruk untuk wanita di luar sana kerana kajian telah dijalankan oleh pakar dermatologi dari St. Tropez, Nichola Joss pada tahun 2013 telah mendapati wanita akan kelihatan lebih tua dan hodoh setiap hari Rabu jam 3.30 petang.

Nichola Joss ialah salah seorang Pakar Terapi Kulit yang terbaik dan terkenal di seluruh dunia. Scarlett Johansson, Hilary Swank, Gisele Bundchen dan Gwyneth Paltrow adalah antara individu yang menggunakan perkhidmatan beliau.

Kajian ini dijalankan dalam tinjauan yang melibatkan beberapa orang wanita British pada tahun 2013. Ini adalah kerana kesan puncak tekanan kerja dan kesan berjaga sehingga lewat malam pada hujung minggu.

Kesan Puncak Tekanan Kerja & Kesan Berjaga Lewat Malam

Foto ilustrasi repsly.com

Memetik dari laman sumber The Telegraph, Nicola Joss telah berkata:

“Penemuan ini adalah satu perkara yang menarik kerana pada hari Rabu jam 3.30 petang adalah masa untuk wanita melihat diri mereka lebih tua daripada biasa. Tekanan kerja memuncak pada tengah hari pada hari Rabu yang menyebabkan wanita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar mereka.”

Kajian yang dijalankan oleh Persatuan St Tropez itu menyatakan bahawa dua pertiga wanita mengalami keadaan tenaga yang rendah pada tengah hari setiap hari Rabu.

Terdapat 3 faktor utama yang menyebabkan kejadian ini berlaku dan bagi wanita di luar sana jangan risau sekiranya 3 faktor utama berikut ini tiada dalam kehidupan rutin anda.

Tabiat Minum Arak

Foto ilustrasi

Nicola Joss berkata, keadaan ini mungkin berpunca daripada berpesta dan minum sehingga mabuk pada hujung minggu. Ini kerana daripada kajian didapati hampir separuh (46 peratus) wanita yang terlibat dalam kajian ini suka minum sehingga mabuk pada hujung minggu.

Tambahnya, aktiviti tidak sihat pada hujung minggu ini mengambil masa beberapa hari untuk menampakkan kesannya.

Elakkan tabiat minum minuman keras ini

Badan mengambil masa sehingga 72 jam untuk memproses kandungan gula dan toksin dalam minuman keras serta proses ini memberi tekanan kepada tubuh badan.

Hasilnya ialah hari Rabu adalah hari kesan itu nampak sepenuhnya

Tidur Tidak Berkualiti

Foto ilustrasi

Kajian itu juga mendapati bahawa malam hari Isnin kebanyakan wanita mengalami tidur malam yang paling teruk. Tidur yang tidak mencukupi memberi kesan buruk pada kulit kerana mengambil masa sehingga 48 jam untuk memberi kesan pada kulit wajah.

Tidak mendapat tidur yang berkualiti juga boleh memberi tekanan stres kepada individu.

“Adalah penting bagi wanita untuk mendapatkan tidur yang cukup iaitu selama 7-8 jam setiap malam, ini kerana tidur yang tidak mencukupi menyebabkan kulit wanita kelihatan lebih tua.”

Dapatkan tidur yang berkualiti

“Tidur yang kurang menyebabkan kulit tidak boleh bernafas dan tidur yang lebih menyebabkan muka kelihatan sembab atau bengkak.”

Apabila tak cukup tidur, bukan perempuan saja, lelaki pun nampak hodoh.

Tabiat Tidak Mencuci Muka

Foto ilustrasi – Pixabay/Kjerstin_Michaela

Nichola Joss juga menasihatkan wanita di luar sana untuk mencuci muka setiap hari walaupun tidak merias mekap pada muka.

Kajian ini juga mendedahkan bahawa satu daripada sepuluh wanita akan meninggalkan rutin penjagaan kulit muka mereka pada hari Rabu.

Jika wanita tidak mencuci muka setiap hari, liang pori muka mereka akan tersumbat dan menjadikan kulit muka kusam dan kering.

Kesannya, mereka akan kelihatan lebih tua pada hari itu.

Hubungan Intim pada hari Khamis

Foto ilustrasi – Pexels.com/Ivan Obolensky

Hasil kajian ini juga mendapati bahawa satu daripada sepuluh wanita menyatakan bahawa hari Rabu adalah hari paling tertekan bagi mereka dalam seminggu.

Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita mengakui bahawa hari Khamis adalah hari yang paling mungkin untuk mereka melakukan hubungan badan.

Nichola Joss menjelaskan bahawa keintiman memberi wanita banyak kelebihan dan ramai wanita menjalani kehidupan intim yang sihat untuk memastikan mereka sentiasa kelihatan muda.

“Selepas petang hari rabu yang menyuramkan berlalu pergi, tahap tekanan juga mula berkurangan. Perkara ini merupakan sesuatu yang menarik kerana pada hari khamis di waktu malam kebanyakan wanita akan merasa berahi dan gersang.” ujar Nichola Joss.

Hari Jumaat Adalah Hari Yang Paling Baik Dan Paling Bahagia

Foto Ilustrasi – Pexels.com

Daripada kajian ini juga mendapati hari Jumaat adalah hari terbaik untuk wanita, di mana 60 peratus yang terlibat dalam kajian ini menyatakan hari Jumaat adalah hari yang paling menggembirakan bagi mereka.

Walau bagaimanapun, hasil kajian ini hanya boleh digunapakai di negara barat. Jika dilihat di Malaysia, hanya segelintir wanita sahaja yang melakukan aktiviti tidak sihat pada hujung minggu ini.

The post Wanita Kelihatan Lebih Tua Dan Hodoh Pada Setiap Rabu 3.30 Petang appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...