Resepi Som Som Sagu terbaik yang sangat sedap dan mudah disediakan. Sesuai dijadikan minuman petang atau pencuci mulut.
Kami kongsikan resepi dari Opah Mas Cotek untuk sahabat Aliff Channel semua. Selamat mencuba!
Som Som Sagu.. kome mesti boleh agak sape punya request ni kan… kalau saje2 tak sio opah nak mancuh… opah tgh mood memalas ni.. kome bukan tak kenai opah ni.. kalau rajin, nyemedang lalu lalang kan..nah Anyah Adieka siap dah… sebakui hah mak buatkan… tunggu tau..
Resepi Som Som Sagu /Kanji Som Som
Bahan sagu:
- 1 cawan sagu
- 3 cawan air
- 2 helai pandan
- Sedikit pewarna hijau
Caranya:
Masak air bersama pandan hingga mendidih/Masukkan pewarna hijau
Keluarkan pandan
Masukkan sagu
Kacau hingga pekat/masa ni sagu masih bermata ikan
Tuang sagu ke dalam bekas kecil
Kukus selama 15min sehingga sagu jernih
Sejukkan
*** Boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus dengan menambah sukatan air. Opah tak nak lembik sangat jadi opah kukus..
Bahan kanji Som Som:
1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa
Caranya:
Satukan kesemua bahan di dalam periuk/sebatikan
masak hingga hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana
sentiasa dikacau untuk mengelakkan berketul ye.
Tuang adunan ke atas sagu.
Sejukkan.
Bahan air gula:
1 1/2 cawan air
4 keping gula kerek/melaka
*Boleh guna gula merah
1/4 cawan gula pasir
2 helai pandan disimpul
Caranya:
Satukan semua bahan
Masak api sederhana hingga mendidih
Tapis dan sejukkan
Siap!
Selamat mencuba!
The post Som Som Sagu Lembut Bergedik & Sedap, Opah Kongsi Resepi! appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment