loading...

Tuesday, 22 February 2022

“Rampas Telefon Boleh Terima, Bakar Sangat Keterlaluan!” – Video Tular Guru Bakar Telefon Pelajar, Netizen Tidak Puas Hati

Rate this post

Tidak dinafikan, telefon pintar dalam kalangan pelajar sekolah mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.

Dari sudut positif, pelajar mungkin menggunakan peranti tersebut untuk tujuan pembelajaran dan berkomunikasi dengan ibu bapa, tetapi ada juga yang mengambil kesempatan untuk tujuan yang tidak baik dan sebagainya.

Satu rakaman video menjadi tular di aplikasi TikTok, malah di Twitter dan Facebook yang menunjukkan tindakan seorang guru wanita bertudung labuh membakar telefon di perkarangan sebuah sekolah.

Dalam video berdurasi 15 minit itu, dua guru dilihat membaling sejumlah telefon pintar ke dalam api yang marak.

Dalam video tersebut, sekumpulan pelajar perempuan dilihat, ada antara mereka yang menjerit dan menangis apabila melihat telefon milik mereka dicampak ke dalam api.

Kejadian yang dirakam pada waktu malam itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh.

Video ini telah mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial yang merasakan tindakan itu terlalu mengada-ada walaupun atas dasar amaran atau dasar pengajaran kepada pelajar.

Sumber – TIkTok

“Tak boleh bayang family yang kurang senang, mak bapak susah payah kumpul duit belikan anak fon untuk belajar, last-last macam ni. Ikutkan memang pelajar tu salah tapi ni bukan solution dia.” – Netizen 1.

Setakat ini, video yang dimuat naik ke TikTok Malaysian Update News telah mencapai lebih dua juta tontonan.

Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian masih menjadi teka-teki di kalangan netizen.

Ada yang berpendapat ia berlaku di negara ini, tidak kurang juga yang mendakwa ia berlaku di negara jiran, Indonesia.

Selain TikTok, pengguna Twitter, Facebook dan TikTok tempatan turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dua guru wanita itu yang dianggap kejam dan melanggar undang-undang.

Dilihat lagi di ruangan komen, didapati ramai netizen tidak bersetuju dengan tindakan guru tersebut dan berharap pendekatan yang lebih harmoni dapat diambil dalam menangani isu tatatertib penggunaan telefon pintar di sekolah.

Sumber – TIkTok

“Ini di Malaysia ke? Pertama sekali, gila ke bakar telefon macam tu? 100 peratus bahaya. Jangan sesekali bakar telefon anda.

“Kedua, cikgu tak ada hak untuk buat semua ini. Paling-paling pun cikgu boleh rampas dan pulangkan kemudian. Ini boleh dikira mencuri dah,” – Netizen 2.

Ada juga pihak yang berpendapat penggunaan telefon bimbit untuk pelajar di sekolah kini menjadi satu keperluan dan guru tidak berhak memansuhkan barang peribadi pelajar mereka di sekolah.

Namun, ada juga yang bersetuju dengan tindakan guru-guru ini dan menyalahkan ibu bapa kerana tidak pandai mendidik anak-anak jika tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh guru di sekolah.

“Rampas (telefon) masih boleh diterima. Kita boleh tuntut kemudian tapi bakar itu sangat keterlaluan.” – Netizen 3

Terpaling cikgu. Atas alasan nak beri pengajaran. Pengajaran yang kau bagi kat anak-anak ini adalah dendam dan rasa tak puas hati.” – Netizen 4

“Tak boleh bayangkan yang famili kurang senang. Mak ayah susah payah kumpul duit belikan anak telefon untuk belajar, akhirnya macam ni” – Netizen 5.

The post “Rampas Telefon Boleh Terima, Bakar Sangat Keterlaluan!” – Video Tular Guru Bakar Telefon Pelajar, Netizen Tidak Puas Hati appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...