Sebut sahaja majlis perkahwinan, sudah tentu bakal-bakal pengantin dan ahli keluarga akan turut rasa teruja!
Mana tidaknya, masing-masing mengimpikan perkahwinan yang indah dan cantik. Malah, ada pasangan pengantin yang pasti akan rasa gementar, di majlis perkahwinan.
Majlis perkahwinan dibuat bukan sahaja bersandarkan niat untuk mendirikan mahligai kebahagiaan dan hidup bersama pasangan hingga ke akhir hayat, ianya adalah satu saat yang akan menjadi kenangan manis buat selama-lamanya.
Bercerita mengenai kenangan, lain pula cerita yang dikongsikan oleh pemilik akaun tiktok ainazamz, ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya.
“Tengok ni, kena sailang”
Pengantin perempuan itu sibuk melayan orang lain dan seorang gadis yang dikenali sebagai Effa Afizi ini duduk bergambar dengan suami pengantin tersebut.
Setelah menyedari situasi itu, pengantin tersebut terus membuat gaya seakan menghalau sepupunya sebelum mereka bergelak ketawa.
Situasi seperti ini juga terjadi semasa mereka berarak masuk ke dewan perkhawinan lagi. Pengantin perempuan ini berborak dengan rakannya, tanpa disedari dia berjalan laju sehingga tertinggal suaminya sendiri.
“Hahaha pantin pompuan yg tinggalkan laki dia pastu member yg kene marah ”, ujar salah seorang pengikutnya.
Majoriti netizen dilihat rasa tercuit dengan situasi spontan pengantin perempuan ini dan video ini telah meraih sehingga 1.2 juta tontonan di TikTok.
The post [Video] Pengantin Lelaki Kena ‘Sailang’ Sepupu Sendiri appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment