loading...

Wednesday, 23 February 2022

“Aku Yang Risau Dia Pakai Baju Putih” – Dari Dapur Hingga Ke Ruang Tamu, Pengantin Terpaksa Uruskan Semuanya Sendiri

Rate this post

Persiapan majlis pernikahan bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai hal harus dicari dan disiapkan, dari dekorasi bunga terkecil hinggalah menyambut kehadiran tetamu.

Tarikh 22.02.2022 terlihat tarikh yang istimewa bagi sesetengah individu kerana angkanya yang unik.

Namun begitu, lain pula kisah yang berlaku pada pemilik akaun TikTok @callme_shasha05.

Berikut merupakan video tersebut:

@callme_shasha05

nak nikah tarikh cantik sgt ..last2 ramai yg tak boleh cuti 22/2/22

♬ original sound – 🕸KroNoLoC🕸🕸KroNoLoC🕸

Kini, video ini telah mencapai sehingga 316.7 ribu tontonan dan 18 ribu tanda suka. Dia hanya mengimpikan majlis pernikahan yang indah tetapi nasib tidak berpihak padanya.

Maklumlah dia merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tarikh cantik 22.2.2222, namun tarikh ini adalah hari bekerja.

Ramai kenalannya tidak hadir dalam acara pernikahan tersebut kerana tidak mendapat pelepasan cuti.

Dari bermulanya penyediaan bahan masakan sehingga ke pelamin, wanita ini harus melakukan semuanya sendiri. Malahan, dia juga harus memasak nasi dan lauk untuk majlis pernikahannya.

Tarikh pernikahan ini akan dikenang selamanya, bayangkan dia terpaksa mengurus semuanya sendiri mulai dari dapur hingga ruang tamu dalam keadaan siap berbusana pengantinnya.

Netizen memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen, termasuklah yang prihatin dengan keadaan pengantin ini. Mereka juga mendoakan agar majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.

Berikut antara komen dari netizen:

Sumber TikTok

The post “Aku Yang Risau Dia Pakai Baju Putih” – Dari Dapur Hingga Ke Ruang Tamu, Pengantin Terpaksa Uruskan Semuanya Sendiri appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...