Ada sesetengah orang memang tak sah makan nasi tanpa sambal belacan. Sambal belacan bagaikan satu kewajipan bila tibanya waktu makan.
Anda nak tahu cara mudah, sedap dan menyelerakan untuk buat resepi sambal belacan ini? Ada beberapa aneka sambal belacan yang anda boleh cuba bila-bila masa, berikut ini. Memetik dari pelbagai sumber.
Resepi Sambal Belacan Pedas
Bahan:
2 genggam cili hijau kecil buang tangkai
10 biji cili besar merah patah2kan
10 biji cili merah thai (saya suka pedas x suka tak payah letak ye)
10 biji limau kasturi (perah air dan buh kulit limau 3-4 biji)
2 sudu asam jawa adabi
Belacan madu siap bakar
Caranya:
Air masak panas agak blender boleh pusing ja. Gula & garam secukup rasa. Blender je semua…dah siap.
Masuk dalam bekas bubuh cuka 1 sudu kacau sebati simpan peti. (Simpan peti tahan berbulan2kan…)
Kredit resepi: Ruslan N Melor
Resepi Sambal Belacan Sedap ‘Cara Saya’
Bahan:
20-30 biji cili api
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 biji asam limau nipis
1/2 sudu kecik garam
1 sudu besar belacan yg kaler pink belacan(jgn guna yg kiubb sbb xsedap dan pahit sikit.guna belacan pahang atau langkawi pon sedap sbb belacan dia fresh dan lembut dan kurang masin)
1/2 Sudu besar Nisan kabong @ nisan somtam(kalau xde guna gula melaka)
Secubit aji
2 sudu besar air masak
Cara:
Tumbuk guna lesung batu cili api, bawang merah, bawang putih, garam, aji, nisan kabung @ gula melaka dan belacan..
Tumbuk sehingga pecah tapi jangan terlampau halus, ada kasar2 sikit tu sedap.
Awas ya, kalau tumbuk asing-asing rasa memang tak sama dengan tumbuk sekali gus, ya!
Dah siap tumbuk tu baru perahkan asam limau nipis.. Kacau guna batu lesung tu jugak.
Lepas tu boleh masukkan dalam mangkuk. Masukkan air masak 2 sudu besar dalam lesung untuk ambil bancuhan terakhir air rencah sambal belacan tadi dari lesung batu.
Golek-golek sikit kasi clear…. Lepas tu masukkan ke dalam mangkuk sambal belacan tadi. Kacau sikit ya. Okay, dah siap!
*** Orang tua cakap kalau buat sambal belacan kena ambil air dari lesung batu tu. Petua sambal belacan lagi sedap. Betul ke tak teori tu tak tahulah, tapi sambal belacan saya memang sedap
Kredit : Owner resepi
Resepi Sambal Belacan Padu Cikta
Harini Cikta nak share resepi sambal belacan yang sedap giler dan Cikta nak share tips macam mana nak buat sambal belacan menggunakan blender tapi tetap nampak cantik macam ditumbuk.
Bahan:
Belacan *dibakar
Bawang merah *dibakar
Bawang putih *dibakar
Lada besar
Lada merah
Lada hijau
Limau kasturi
Cuka
Gula
Garam
Resepi tiada sukatan sebab korang boleh letak bahan-bahan mengikut nafsu masing-masing.
Untuk cara-cara nak buat boleh tengok video ya!
Kredit: Cikta
Resepi Sambal Belacan Menyengat
Bahan:
2 genggam cili padi merah + hijau
*2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
*1/4 bawang besar Holland
*1 ulas bawang putih
*2 inci belacan
(Bahan bertanda * dibakar terlebih dahulu)
Cara:
Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. Tambahkan:
3 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Secubit dua ajino
Sedikit air masak (jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
*** Kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri
Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap! Betul-betul sedap!
Kredit: Owner resepi
Resepi Sambal Belacan Ketagih ‘Yang Boleh Buat Nasi Bertambah-tambah.. Tiada Lauk Lain Pun Takpe!’
Bahan:
Cili api
Cili merah besar
Tomato
Bawang besar
Bawang putih
Belacan
Cara:
Goreng bahan dengan minyak yang banyak sampai layu, kemudian blend. Letak perisa gula dan garam.
Bila dah siap blend, tumis sekejap hingga naik minyak. Siap!
Kredit: Owner resepi
Resepi Sambal Belacan Strawberi
Bahan:
15 biji lada kecil
2 biji lada merah besar
Belacan bakar 1 inci
Strawberi sesuka hatimu
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Bakar cili dan belacan. Kisar atau tumbuk semua bahan.
Tambahkan strawberi dan perasakan gula dan garam.
Kredit: Owner resepi
Resepi Sambal Belacan Goreng
Bahan:
Tomato 2biji (buang biji)
Bawang putih 4
Bawang besar 2biji
Cili api 10 biji
Cili besar yg merah 15 biji
Limau nipis 2 biji
Limau kasturi 15 biji
Belacan separuh peket
Garam 1 sudu
Gula 3 sudu
Ajinamoto 1 sudu
Minyak 2 sudu untuk menumis
Air masak sikit agak
Cara:
Goreng semua bahan sehingga layu. Kisar semua bahan hingga sebati. Jangan terlalu lumat. Siap!
Kredit: Owner resepi
Resepi Sambal Belacan Mangga
Bahan:
300gm cili padi
3 biji buah mangga masak
Sekeping belacan *dibakar
2 ulas bawang putih *dibakar
1 biji bawang besar *dibakar
Sedikit garam dan gula
Cara:
Kisar cili padi bersama bahan yang dibakar. Perasakan dengan garam dan juga gula secukupnya.
Akhir sekali, masukkan mangga masak dan gaul hingga rata. Siap!
Kredit: Owner resepi
Resepi Sambal Belacan Buah Rambutan (Cara MamaUna)
Bahan:
4,5 biji buah rambutan amik isi dia
Cabai besar merah
Cabai kecik
(ikot kome ler nak pedas tara mana)
Belacan
Air asam jawa
Sedikit Garam
Sedikit Aji (ikot masing2 la nk letak ke tak)
Cara:
Masukkan cabai besar, cabai kecik, belacan, garam dan aji tumbuk sampai lumat. Kemudian, masukkan buah rambutan tu tadi, tumbuk sampai sebati.
Last sekali masukkan air asam jawa. Kacau dekat batu lesung tu, rasakan dengan lidah masing-masing, dah ok masukkan dalam piring siap dihidang makan dengan ulam-ulaman.
Kredit: MamaUna
Resepi Sambal Belacan Ala Thai
Bahan:
Cili padi 3 genggam
Sedikit belacan bakar
Bawang putih (bakar)
Bawang merah (bakar)
Bawang besar (bakar)
Gula merah ½ bahagian
Cuka ( sukatan ikut citarasa)
Sos ikan 1 -2 sudu
2 biji limau kasturi (belah 4)
Cara:
Kisar semua bahan. *Tidak perlu tambah air agar ia tahan lebih lama.
Kredit: Owner resepi
Resepi Sambal ‘Nasi Kak Vouge’
Bahan:
Segenggam kecil cili padi merah
5 tangkai cili kering (dibuang biji dan direbus terlebih dahulu)
Cara:
Kisar dua jenis cili di atas dengan:
- dua sudu cuka
- sedikit air kosong
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, 1/4 bawang Holland (dibakar seketika)
Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan hirisan bawang Holland dan bawang merah. Kacau sekata.
Tambahkan garam gula dan garam jika perlu disesuaikan.
Perah sebiji limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau kasturi yang dihiris.
Sedia untuk dihidangkan.
Kredit: Resepi Cik Guafy
Resepi Sambal Belacan Kedai Siam
Bahan:
Bawang besar
Bawang putih
Belacan
Cili merah
Cili padi merah dan hijau
Tomato
Nenas
Garam
Gula
Jus limau nipis
Cara:
Blender semua sekali. Blender sekejap-sekejap.
Kredit: Nurul Aini
Resepi Sambal Belacan Siam
Resepi keluarga setiap kali kenduri. Alhamdullilah ada kawan yang buat jualan.
Bahan:
1 mangkuk cili padi merah
1/2 mangkuk cili padi hijau
1 labu bawang putih ***
1 labu bawang besar holland ***
1 inci belacan ***
1/2 cawan air asam jawa
5- 6 sdb besar cuka makan
Garam, gula & ajinomoto secukup rasa
Kalau nak lagi sedap tambah 1 labu bawang putih jeruk dan airnya sekali.
Cara:
Bakar bahan² yang bertanda ***.
Kemudian blend kesemua bahan² yang dibakar bersama² dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan kedalam mangkuk besar.
Masukkan gula, garam dan ajinomoto. Kacau rata² dan nampak berkilat.
Dah siap boleh hidang dengan ikan rebus yang digoreng beserta ulam². Makan jangan menambah sangat, ingat diet sama. Sedap jugak cicah dengan terung bakar dan ulam-ulam yang dicelur.
Kredit: Rozmaliza Omar
Resepi Sambal Belacan Mudah Je!
Resepi ini dari arwah kakak ipar saya (kak toh). Mudah je ni, anggaran untuk 30 orang makan.
Bahan:
Cili Merah Besar 20 biji
Cili Api Merah 20 biji
Cili Api Hijau 20 biji
(Yang tak kuat pedas, kurangkan cili api. Lebihkan cili besar merah)
Tomato 3 biji
Belacan tanjung dawai / belacan tu guna separuh tau / bakar
Garam sikit je tau
Ajinomoto sikit
Gula 3 sudu makan (agak-agak je)
Air limau kasturi dalam 10 biji
Air asam jawa (pati sahaja)
Cara:
Blender semua bahan-bahan guna pati air asam jawa + perahan air limau sahaja (Tak guna air kosong). Tak digoreng ye.
Saya suka buat banyak-banyak simpan dalam peti ais. InsyaAllah sebulan pun tak rosak. Lagi bertambah sedap.
Tak minta banyak like. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Shapitah binti Ishak @ Awang.
Kredit: Suriani Mohd
Resepi Sambal Belacan Simple Sedap Style Ummi
Bahan:
4 ulas bwg kecil
4 biji lada hijau campur merah
25 btg cili padi kampung
2 biji tomato
2 inci belacan
1sk gula
1/2 sk garam
1 biji perahan limau nipis bersaiz besar
Cara: (lihat video)
The post 15 Aneka Resepi Sambal Belacan Yang Mudah, Menyelerakan & Sedap appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment