loading...

Monday, 14 February 2022

“Dia Buat Benda Betul, Saya Reda Sajat Lari ke Australia” – Ibu Tak Pernah Pujuk Pulang Malaysia

Rate this post

Maimon Omar, 66, mengatakan dia lebih rela Sajat kekal berada di sana kerana bimbang akan mengambil tindakan undang-undang seandainya anaknya pulang ke negara ini.

“Tak… memang saya tak pujuk dia balik. Saya tahu risiko dia. Saya tak nak pujuk, biar dia buat (urus) sendiri hal dia.

“Saya tengok rezeki dia lagi melimpah ruah daripada dia kat Malaysia. Maju betul dia kat sana, saya betul-betul bangga dengan dia,” katanya menerusi pertemuan eksklusif dengan mStar baru-baru ini.

Maimon ketika ditemui di banglo mewah Sajat di Kota Damansara yang kini dalam proses dijual pada harga RM9.5 juta.

Selepas Sajat memasuki Australia pada Oktober 2021, banglo 10 bilik itu dihuni ibu bapa Sajat dan dua anak angkat mereka, Syahmi dan Syaza, masing-masing berusia tujuh tahun.

Doa dan restu ibu sentiasa bersama Sajat

Bercerita mengenai anaknya, Maimon berkata sebagai ibu, doa dan restunya sentiasa bersama Sajat walau apa pun yang berlaku.

“Kami kerap berhubung, rasa macam dia ada kat sini saja. Apa-apa pun dia cerita, apa dia nak buat dia beritahu… minta restu dan doa.

“Apa sahaja saya reda. Apa yang jadi dekat rumah dia, orang buat apa pun saya reda. Itu sahaja jalan terbaik.

“Kita tak nak burukkan sesiapa. Buat sajalah apa yang kau rasa nak buat. Apabila kau buat, Allah akan datangkan rezeki,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai kecaman yang dilemparkan terhadap Sajat dan keluarganya, Maimon bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu memikirkannya.

Jelas sekali, sebagai seorang ibu dia lebih mengetahui apa yang berlaku kepada Sajat.

“Saya tak kisah, apa mereka kata… lantaklah. Tapi saya tahu apa dia (Sajat) buat tu untuk kebaikan diri dia.

“Kita jangan pedulikan orang, pedulikan diri kita saja. Orang nak kata apa pun kata la. Tak kisah… yang kita tahu sekarang ni buat benda yang betul.

“Tak mengapa, orang yang kata tu mereka yang akan tanggung. Saya dah lali tak kisah apa pun, orang kata apa pun saya tak kisah.. saya tahu apa dia buat,” katanya.

Demikian memetik sumber laman mStar.

The post “Dia Buat Benda Betul, Saya Reda Sajat Lari ke Australia” – Ibu Tak Pernah Pujuk Pulang Malaysia appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...