Baru-baru ini tular di media sosial, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 menyerang halaman ‘Google‘ satu destinasi penginapan di Romping, Pahang.
Hal ini berpunca dari nama Salang Sayang Resort yang dijadikan topik bagi ujian tersebut.
Segelintir pelajar tidak berpuas hati dan keliru dengan nama resort itu ketika membuat ujian pendengaran Bahasa Melayu SPM.
Menerusi halaman mstar, pemilik Salam Sayang Resort, Nadiah Tuan Rozaiman Azam terkejut apabila dia mendapat serangan bertubi-tubi di Instagram termasuk di ruang komen gambar pasukannya.
Disebabkan pelbagai komen dan mesej yang diterima, wanita ini menyangka terdapat pelanggan yang tidak berpuas hati dengan layanan di resortnya.
“Betul pada mulanya saya check dulu dengan team di group Whatsapp sama ada terdapat masalah dengan pelanggan atau tidak,” ujarnya kepada mStar.
Dia juga terkejut apabila dituduh mempunyai perjanjian dengan penggubal soalan daripada Jabatan Pendidikan.
Salang Sayang Resort telah beroperasi dari tahun 1981 dan menyediakan tempat penginapan serta trip island hopping untuk pelancong.
Malahan, Salang ini sebenarnya nama kampung, di sini juga terdapat beberapa resort termasuklah resort ini.
Manakala menerusi halaman Twitter yang dibuat oleh seorang pengguna @mfitsayie, dia juga mendapat sehingga 17.7 ribu retweet berkaitan tweetnya. Soalan yang menyebut pusat peranginan bernama Salang Sayang Resort masih popular di kalangan calon SPM 2021. .
Calon SPM juga mendakwa pembicara yang ditugaskan ketika itu tidak mengucap perkataan tersebut dengan jelas sehingga mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut. #SPM2021 juga masih trending di Twitter.
Berikut antara komen dari netizen di ruangan komennya:
The post Gara-gara Ujian Pendengaran, Salang Sayang Resort ‘diserang’ calon SPM 2021 appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment