loading...

Friday, 25 February 2022

“Sedar Tak Sedar Dah 10 Tahun”- So Sweet, Nota Cinta Aeril Zafrel Membuatkan Ramai Memuji

Rate this post

Perkhawinan merupakan satu ikatan yang indah tapi banyak perlu bersabar. Namun ada manis dan juga pahitnya.

Pasangan romantik ini telah mendirikan rumah tangga sejak 25 Februari 2012. Kini, mereka telah dikurniakan 4 orang anak.

Pelakon bernama Aeril ini telah memberikan nota cinta ini kepada isteri tercintanya, Wawa Zainal sempena ulang tahun perkhawinan yang ke-10 mereka.

Bahkan, pasangan secocok ini ibarat ‘Bagai cincin dengan permata’ dan kini bergelar usahawan berjaya. Mereka juga sering dijadikan contoh pasangan yang sweet kerana sering berkongsikan kisah hidup di laman sosial.

Melihat pasangan yang sangat romantik ini pastinya menimbulkan sedikit rasa ‘seronoknya kahwin’ terutama dalam kalangan para bujang.

Nota cinta yang dikongsikan melalui halaman Facebooknya berbunyi begini:

Sumber Facebook

“Entah bagaimana harus dikatakan tentang hari ini..

“Saat kita memilih dua jiwa menjadi satu.

Satu hati. Satu cinta. Satu cita-cita. Satu harapan. Dan satu tujuan bersama ke Surga di sana Negara Abadi.

Terima Kasih Sayang

“Kerana bila berani untuk bersama itu, bermakna dirimu mengerti perjalanan yang bakal kita tempuh bukanlah mudah dipermulaannya kerana penuh getir dan sesekali pasti jua dilambung ombak – dipukul badai ujian.

“Kita berjaya melewati dan mengharungi semuanya dengan pertolongan ALLAH jua. Tuhan hadiahkan kita kebahagiaan dengan terus bersimpuh kasih padaNya.

“Barangkali kerana titis air matamu dan doa rintihanmu yang paling tulus lalu dikurniakan kekuatan jiwa, akal dan buah fikir pada dirimu agar titipan rahmatNya berpanjangan hingga kita mengecapi manisnya cinta yang halal dalam redhaNya sehingga saat ini.

Sumber Facebook

Terima Kasih Segalanya Sayang

“Sungguh, kau satu-satunya tempat jatuhnya cinta yang paling bening. Segenap keluh resahku, kau jadi perlabuhan kedamaian.

“Ketika sakit duka bertandang, kaulah jadi penawarnya. Bila akal dan semangatku mulai tumpul, kaulah yang jadi penajamnya.

“Bak kata hukama, kau tak ubah seperti kehangatan saat kedinginan.

Terima Kasih Sayang Untuk Semuanya

Sumber Facebook

“Kutulis ini kerana Hari ini Ulangtahun Pernikahan Kita Yang ke -10.

“Doakan hubungan kami kekal selamanya semua,” luah Aeril yang terlalu menyayangi isterinya.

Rata-rata netizen memuji pasangan secocok ini dan mendoakan kebahagiaan mereka berpanjangan.

“Tahniah abang Aeril Zafrel selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 10 tahun, semoga kekal hingga ke jannah Allah serta bersama sama anak yg comel comel , doakan saya juga boleh kuat semangat kekal hingga jannah dan menjadikan kalian berdua sebagai contoh bahagianya sebuah rumahtangga apabila bersama pasangan yg sama sama jatuh sama sama naik untuk dunia dan akhirat inshaallah aammiinn,” komen seorang netizen.

“Good husban n great wife.may Allah bless you alls.aameen,” tulis netizen.

Berikut antara komen lain dari netizen:

The post “Sedar Tak Sedar Dah 10 Tahun”- So Sweet, Nota Cinta Aeril Zafrel Membuatkan Ramai Memuji appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...