loading...

Friday, 25 February 2022

“Yang Cakap Tak Nak Lebih Baik Diam, Lain Orang Lain Ujiannya”- Walaupun Dikecam, Wanita Ini Tetap Tabah

Rate this post

Hati mana yang tidak bersedih, apabila dibuat begitu. Golongan lelaki harus memahami konsep poligami untuk mengelakkan perbalahan dalam rumahtangga.

Namun begitu, cara dan tindakan suami haruslah betul agar tidak mengundang kesengsaraan isteri.

Tular di aplikasi TikTok, luahan seorang isteri yang berkongsi kisah hidupnya bermadu. Video ini telah dimuatnaik oleh akaun peribadi @dylazahid.

Berikut di bawah video tersebut:

Macam ni lah hidup bermadu. Suami seorang kena gilir 4 setiap 2 minggu seorang.

Menurut pemilik video, apabila tiba hari giliran si isteri perlu datang untuk mengambil sendiri suaminya. Bahkan, suaminya juga membelikan sebuah kereta untuk setiap isterinya.

Difahamkan, suaminya mempunyai 4 orang isteri dan setiap 2 minggu si suami akan pulang bergilir-gilir ke rumah isterinya.

Menerusi video lain, lelaki itu dilihat menuju ke rumah isteri ketiganya. Namun, apabila tiba gilirannya, suami akan pulang dalam keadaan tidak terkawal dengan memakai baju berlubang dan berseluar koyak. 

Ni rumah isteri dia yang ke-3. Selalu bila turn kita dia akan pakai selekeh baju lubang-lubang dan seluar carik. Dia akan keluar sehelai sepinggang je dengan muka serabai dan kusut masai,” ujar wanita ini.

Walaupun segelinti netizen memberikan komen negatif, namun ada juga yang prihatin dan memberikan sokongan kepada wanita ini. Seorang netizen juga meluahkan bahawa dia isteri pertama tetapi suaminya banyak pergi ke isteri nombor dua dan dia biasa hidup berdikari. Malahan, urusan anak-anaknya hanya dia yang mengurus sendiri.

Bermadu itu pilihan, jika diri sendiri yang pilih terima seadanya, jangan mengeluh – Pesan seorang netizen kepada wanita ini.

Berikut antara komen lain dari netizen:

The post “Yang Cakap Tak Nak Lebih Baik Diam, Lain Orang Lain Ujiannya”- Walaupun Dikecam, Wanita Ini Tetap Tabah appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...