Fesyen merupakan salah satu cara terpenting setiap individu mengekspresikan kepribadian mereka dan menonjol dari orang-orang di sekitar mereka. Dengan peralihan dunia fesyen, setiap orang berusaha menjadi lebih bergaya daripada tahun lalu.
Orang ramai dari semua peringkat umur ketagih dengan trend baharu dalam dunia fesyen. Terdapat banyak persaingan dalam industri dan juga dalam kalangan pengguna.
Semua orang ingin bergaya tetapi jika tidak pandai berfesyen lain pula jadinya. Hal ini terjadi pada seorang lelaki di Genting Highland.
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok apabila pemilik akaun peribadi @sifuwawa memuat naik video mengayakan pakaiannya, berjalan seperti model di Genting Highland tetapi mendapat kecaman netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
“Bro serious talk, spend duit upah stylist please”– ujar netizen
Kini, video ini meraih sehingga 2.4M tontonan, 65.9K tanda suka dan 15.1K komen di TikTok. Jumlah harga pakaiannya lebih dari RM40 ribu.
Lelaki ini juga menyenaraikan setiap pakaian yang dikenakannya iaitu beg jenama Lady Dior, baju BurbErry dan kasut Lv.
Individu ini lebih dikenali sebagai Azwari Azmi seorang Pengurus Unit Tertinggi Wawa Legacy Empire.
Walaupun gayanya dikecam, Azwari, berjaya memiliki rumahnya sendiri berharga RM700 ribu di Cyberjaya pada usia 28 tahun. Beliau juga pernah mencapai Pemimpin Perdana Elit pada tahun lalu.
Namun begitu, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai komen dan ada juga yang mengatakan pemakaiannya masih kelihatan murah walaupun jumlah keseluruhannya mahal.
“Mintak maaf cakap bang. Tapi still nampak macam pasar malam,” tulis seorang netizen.
“Sesungguhnya money can’t buy your style,” komen netizen lain.
Malah, ada juga netizen yang menasihati lelaki itu untuk mendalami dunia fesyen, agar pemakaiannya kelihatan mahal seiring dengan harga. Di samping itu, ada juga memberi saranan kepada Azwari untuk mengupah ‘stylist’ dengan duit yang telah dilaburkannya.
Berikut di bawah merupakan antara komen lain daripada netizen:
The post “Money Can’t Buy Your Style” – Lelaki Pakai Jenama Mahal Dikecam appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment