Isu booster dan vaksin tidak pernah lekang dari minda masyarakat. Hal ini mendapat pandangan yang berbeza-beza dari setiap golongan masyarakat. Perdebatan mengenai vaksin juga sering berlaku dalam media sosial.
Walaupun COVID-19 tidak menunjukkan penurunan dalam bilangan kes harian, namun vaksin yang akan diberikan tetap mendapat pelbagai reaksi masyarakat.
Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan, berkata, tempoh akhir untuk mereka mendapatkan dos penggalak ditetapkan sehingga 31 Mac ini. Jika tidak status kuning (lengkap divaksinasi) akan bertukar menjadi putih (tidak lengkap) dalam mysejahtera pada 1 April.
Heboh di aplikasi TikTok, video yang telah dimuat naik oleh akaun peribadi @fiqsudiin.
Dalam video itu, beberapa jemaah masjid kecewa, lantaran tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid dan solat jumaat secara berjemaah dalam masjid kerana tidak lengkap vaksin dos penggalak.
Bahkan, ramai yang mengkritik syarat baru iaitu mewajibkan lengkap dos penggalak yang dikuatkuasakan oleh pihak masjid di negeri Selangor. Tindakan mereka seperti menghalang umat islam untuk menunaikan kewajipan.
Tambahan pula, di luar perkarangan masjid kelihatan ramai jemaah membentangkan sejadah demi menunaikan tanggungjawab tersebut.
Majoriti netizen di ruangan komen turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelaksanaan undang-undang baru itu.
“Cukup jarakkan je tak perlu laa sampai tak bagi masuk masjid,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Respect gila, tetap solat walaupun kat luar, teguhkan imam,” komen netizen.
“Dah macam syarat sah solat pulak, dah ambil booster baru boleh solat di masjid,” tulis seorang lagi netizen.
Berikut antara komen lain dari netizen:
The post “Tanggunglah Dkt Akhirat Nanti” – Syarat Lengkap ‘Booster’ Baru Boleh Masuk Masjid appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment