Selepas kerap mengalami demam, gejala batuk dan selsema, pelakon Elfira Loy mengumumkan telah membawa anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Selepas menjalani beberapa pemeriksaan, Elfira memaklumkan lagi, doktor mengesahkan anaknya mengalami jangkitan kuman pada paru-paru atau pneumonia.
Berita itu dikongsikan pelakon drama, Behind Kasyaf, yang meneruskan kiriman terbaru yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, doktor menyatakan simptom yang dialami anaknya itu hanyalah penyakit bermusim yang sering menyerang kanak-kanak ketika ini.
“Hari yang mommy nanti-nantikan, akhirnya terjawab after looooong on-off sick period. Today, mommy tergerak bawak jelah jumpa Dr walaupun macam selesema dan batuk je.
“So, we went to Andorra buat rtk , test clear baru buat xray. The result came in, with infections at both lungs.
“Ada phlegm pulak, Dr kata memang musim kids kena pneumonia. Ward pun tengah penuh. So, since Rayyan tak demam, boleh balik monitor kat rumah je lepas dua kali Neb dekat emergency ward tadi. Hopefully akan terus sihatlah,” tulisnya.
Sementara itu, Elfira turut menjelaskan, sebelum ini dia pernah membawa anaknya ke klinik terlebih dahulu, bagaimanapun doktor di klinik berkenaan mengatakan tidak dapat mengenal pasti punca sebenar penyakit anaknya itu.
Disebabkan itu, Elfira turut menyeru ibu-ibu membawa anak-anak berjumpa beberapa doktor berbeza bagi mendapatkan khidmat nasihat.
“P/s: ni bukan first time kita pegi check up. Dah pegi hospital and clinic pun baru -baru ni. Nasib baik Dr kat sini nak buat x-ray. So we found out lung infections.
“Kalau tak, memang macam flu dan cough je. Mommy memang ada trust issues lah dengan hospital dan clinic mana nak pegi.
“So mommies, if you dont feel good about your babies , just keep trying and go to different places. Semoga cepat sembuh baby mommy,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa keprihatinan dan mendoakan agar Rayyan sembuh.
Sila ambil perhatian!
Kita sering mendengar orang ramai bercerita tentang serangan jantung yang boleh menyebabkan kematian mengejut.
Namun, tahukah anda jangkitan paru-paru juga boleh membawa maut jika terus diabaikan? Berikut perkongsian mengenai jangkitan paru-paru memetik laman hellodoktor.com
Gejala kelihatan normal, mungkin tanda jangkitan paru-paru
Pernahkah anda mengalami batuk-batuk yang lambat sembuh sehingga berminggu-minggu? Atau pernahkah anda mengalami sakit kepala dan rasa sedikit letih?
Gejala ini mungkin disebabkan oleh penyakit lain.
Namun, tidak mustahil jika dia turut menunjukkan berlakunya jangkitan pernafasan pada paru-paru anda.
Biasanya, gejala jangkitan paru-paru akan hilang dengan sendirinya, tetapi ia boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Jenis jangkitan paru-paru
Antara jenis-jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku pada sistem pernafasan atas adalah seperti selesema, laringitis dan juga radang pada tonsil.
Bagi sistem pernafasan bawah, jangkitan yang boleh berlaku termasuklah pneumonia atau radang paru-paru dan juga bronkitis.
Punca jangkitan pernafasan
Punca paling utama yang sering menyebabkan jangkitan pernafasan adalah disebabkan oleh jangkitan daripada individu lain yang telah pun dijangkiti.
Selain itu, seseorang itu juga boleh mendapat jangkitan paru-paru disebabkan tabiat merokok, gas berbahaya daripada bahan kimia, sistem imun yang lemah, asid refluks, faktor umur, habuk atau debu dan agen pencemar udara.
Jangkitan paru-paru biasa boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk atau jangkitan akut seperti radang paru-paru.
7 tanda amaran untuk jangkitan paru-paru
Secara umumnya, tanda atau gejala amaran untuk jangkitan pernafasan adalah seperti berikut:
#1 Sakit tekak
#2 Sesak dada atau hidung
#3 Demam ringan
#4 Batuk yang basah dan juga kering
#5 Sakit-sakit badan
#6 Hidung menjadi berair
#7 Keletihan
Bagi mereka yang mengalami jangkitan pernafasan, gejala yang mereka alami mungkin kelihatan seperti simptom selsema.
Walau bagaimanapun, gejala ini mungkin menjadi lebih teruk dan menyebabkan komplikasi yang serius.
Antara komplikasi yang perlu anda ambil perhatian ialah:
8 gejala serius jangkitan paru-paru
#1 Rasa sakit atau sesak pada dada
Jika dada anda terasa sesak, sakit atau tidak selesa, ini mungkin tanda jangkitan pernafasan akut. Ia mungkin disebabkan oleh bronkitis, selesema atau radang paru-paru.
Sekiranya anda mengalami batuk-batuk yang disertai dengan sakit dada, segeralah berjumpa dengan doktor
#2 Sukar untuk bernafas
Jangkitan pernafasan juga boleh menjejaskan pernafasan anda. Ia boleh menyebabkan pernafasan anda menjadi sedikit laju, sesak nafas atau sukar untuk bernafas.
Jika ini berlaku, ia boleh meningkatkan risiko kegagalan pernafasan yang disebabkan oleh tahap karbon dioksida yang tinggi dalam darah anda.
#3 Demam panas
Salah satu tanda atau komplikasi akibat jangkitan pernafasan ialah demam.
Demam panas dengan suhu melebihi 39 darjah Celsius adalah sangat berbahaya dan boleh menyebabkan sawan dan kekeliruan.
#5 Batuk yang teruk dan panjang
Jika anda terus mengalami batuk selama lebih daripada dua minggu, teruskan berjumpa doktor anda untuk ujian lanjut.
Jika batuk anda berterusan selama 8 minggu atau lebih, ia dianggap sebagai batuk kronik. Ia adalah tanda yang menunjukkan bahawa paru-paru anda mengalami masalah.
#6 Nafas yang berbunyi
Jika nafas anda mengeluarkan bunyi berdehit, ia menunjukkan bahawa paru-paru anda sedang tersekat, menyebabkan ia menjadi sedikit tersekat.
#7 Keluar kahak lama
Lendir atau lebih dikenali sebagai kahak adalah cecair yang dihasilkan oleh saluran pernafasan sebagai pertahanan terhadap jangkitan atau pemangsa.
Jika kahak anda keluar lebih daripada sebulan, ia mungkin petanda paru-paru anda mengalami jangkitan.
#8 Batuk berdarah
Adakah anda pernah batuk dan berdarah selepas itu? Jika anda batuk darah, atau terdapat genangan darah dalam air liur atau kahak anda, ia mungkin berpunca daripada paru-paru atau sistem pernafasan atas anda.
Ia menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem pernafasan anda.
Diagnosis jangkitan pernafasan oleh pakar kesihatan
Sekiranya anda ada mengalami salah satu daripada tanda-tanda amaran di atas, segeralah ke hospital dan lakukan diagnosis bersama doktor.
Doktor akan memeriksa paru-paru anda untuk mengesan sebarang bunyi yang tidak normal.
Selain itu, doktor juga mungkin akan melakukan pemeriksaan X-ray untuk melihat sebarang cecair atau keradangan yang mungkin wujud pada paru-paru anda.
Untuk menentukan punca jangkitan, anda juga mungkin perlu menjalani ujian swab melalui hidung, tekak atau mulut.
Penafian: Aliff Channel tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
The post Mengalami Jangkitan Paru-Paru, Anak Elfira Loy Dapatkan Rawatan appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment