Berita ini sangat mengejutkan, seorang doktor hairan selepas menemui sebuah gelas di dalam perut seorang lelaki.
Selepas ditanya, lelaki ini mengaku tidak sengaja dia tertelan gelas itu ketika minum teh.
Menurut halaman Mirror Uk, lelaki ini dimasukkan ke hospital kerana sembelit dan rasa sakit yang teruk di bahagian perut. Pesakit ini dirawat di sebuah hospital swasta di Madipur di Bihar, India.
Selepas menjalani ujian ultrabunyi dan sinar-X, doktor memberitahu ada gangguan serius dalam usus. Setelah diperiksa dengan lebih dekat, doktor ini menemui sebuah gelas kaca dalam badan lelaki tersebut.
Pada awalnya, pakar bedah cuba mengeluarkan objek itu dari bahagian rektum menerusi prosedur endoskopik, tetapi gagal. Namun begitu, gelas itu berjaya dibawa keluar melalui pembedahan.
Pesakit yang berusia 55 tahun itu dengan malunya mengaku dia tertelan gelas itu ketika minum teh. Bahkan, doktor sendiri tidak pasti bagaimana gelas itu dapat mrlalui saluran makanan yang sangat sempit untuk objek itu.
Dr. Mahmudul Hasan yang mengetuai pembedahan berkenaan masih hairan bagaimana gelas sebesar itu boleh memasuki badan pesakit.
“Bagaimana kaca itu masuk ke dalam badan pesakit tersebut, ia masih menjadi misteri,” ujar doktor berkenaan.
Lelaki itu dilaporkan dalam keadaan stabil.
The post “Ia Masih Menjadi Misteri” – Doktor Hairan, Lelaki Tertelan Gelas Ketika Menikmati Teh appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment