loading...

Monday, 21 February 2022

Remaja Berusia 18 Tahun Cuba Membunuh Diri, Akibat Cintanya Dihalang

Rate this post

Risiko membunuh diri dalam kalangan remaja makin membimbangkan apabila remaja seawal usia 13 tahun disahkan mempunyai kecenderungan atau merancang untuk berbuat demikian. Semalam berlaku peristiwa tidak terduga di Kampung Kenneison, Selayang, Selangor.

Seorang remaja perempuan cuba untuk terjun dari bahagian luar rumahnya di tingkat lapan Kondominium Amara.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, pihaknya seramai 13 anggota pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang serta Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian.

Mereka menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 2.16 petang.

Remaja ini mengunci pintu dari dalam

“Setibanya di lokasi kita mendapati remaja perempuan berusia 18 tahun itu sedang berdiri di balkoni rumahnya di tingkat lapan.

“Mangsa juga bertindak mengunci pintu dari dalam dan bersendirian di rumah ketika kejadian,” katanya dalam halaman Kosmo.

Sumber Kosmo

Pihak bomba dan ibu mangsa melakukan pendekatan dengan meyakinkan mangsanya untuk bekerja sama, dan setelah dua jam, mangsa berjaya diselamatkan.

Mangsa dikatakan telah bertindak demikian akibat mengalami tekanan masalah cinta. Antara tanda seseorang ingin membunuh diri ialah apabila mangsa mengalami krisis emosi dan tanda kemurungan.

Anda boleh mendengar keluhan, mengambil berat dan memberikan sokongan sosial kepada mereka.

Sekiranya anda berasa tertekan, mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri atau mengenali seseorang yang bersikap sedemikian, anda boleh menghubungi pihak di bawah untuk mendapatkan khidmat bantuan dan sokongan:

  • Pusat Kaunseling Agape Malaysia di talian utama: 03-77855955 atau 7781 0800
  • The Befrienders di laman sesawang ini atau talian: 03-79568144 atau 03-79568145
  • Life Line Association Malaysia: 03-42657995

The post Remaja Berusia 18 Tahun Cuba Membunuh Diri, Akibat Cintanya Dihalang appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...