Kebiasaannya, kita mendengar kata-kata mutiara, “usaha tangga kejayaan” yang membawa maksud jika anda rajin berusaha, anda sudah pasti menjadi orang yang berjaya dan mempunyai wang dan harta yang mencukupi.
Namun, kata-kata ini sebenarnya tidaklah 100 peratus benar. Sebabnya, ada beberapa negara yang diberi gelaran sebagai negara dengan penduduk paling rajin didunia, namun kehidupan mereka tidak dilimpahi dengan kekayaan.
Menurut kajian dan data WHO, beberapa negara yang mempunyai populasi paling malas di dunia sebenarnya adalah wilayah yang kaya, berkuasa dan makmur.
Negara-negara ini ialah Kuwait, New Zealand, Jerman, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, dan juga Itali.
Namun begitu, beberapa negara yang didakwa mempunyai rakyat paling rajin dari semua lapisan masyarakat sebenarnya tinggal dan menduduki kawasan yang serba kekurangan malah lebih miskin.
Berikut ini adalah senarai negara yang mempunyai penduduk paling rajin didunia tetapi hidup secara sederhana malah serba kekurangan:
Negara Togo
Togo adalah sebuah negara dengan populasi rakyat seramai 8 juta orang.
Wilayah Togo terletak di wilayah Afrika Barat. Wilayah Togo kebanyakannya adalah savana dan bukit.
Menurut kajian dan penyelidikan yang diterbitkan dalam The Lancet Global Health, Togo merupakan antara negara yang mempunyai penduduk yang banyak melakukan aktiviti fizikal.
Tetapi malangnya, negara Togo bukanlah salah satu negara yang makmur seperti Kuwait dan New Zealand.
Malah, pekerjaan utama di Togo masih bergantung kepada kaedah tradisional seperti bercucuk tanam, berkebun dan ternakan secara manual tanpa sebarang sokongan teknologi moden.
Tanzania
Menurut kajian yang direkodkan dalam Environmental Research and Public Health, salah satu negara dengan penduduk paling rajin adalah negara Tanzania.
Di mana negara tersebut merupakan antara negara yang mempunyai tahap aktiviti fizikal tertinggi di dunia.
Malangnya ini tidak menjadikan negara Tanzania sebagai salah satu negara yang makmur.
Kata-kata mutiara mengaitkan rajin dan kaya mungkin tiada kaitan di negara ini kerana realiti kehidupan tidaklah begitu.
Lesotho
Satu lagi negara yang termasuk dalam kategori sebagai salah satu negara yang paling rajin penduduknya di dunia ialah Lesotho.
Negara ini terletak di benua Afrika Selatan.
Walaupun ia termasuk antara kawasan yang mempunyai penduduk paling rajin di dunia, negara yang mempunyai tahap pendapatan per kapita itu jauh di bawah purata antarabangsa.
Malangnya, hampir separuh daripada penduduk Lesotho memperolehi pendapatan di bawah standard garis kemiskinan.
The post 3 Negara Rakyat Paling Rajin Didunia Namun Hidup Serba Kemiskinan appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment