Kisah seorang wanita dikenali sebagai Kak Long menjadi sensasi dan menerima pelbagai reaksi bertubi-tubi netizen kerana mengamuk di sebuah cawangan 7 Eleven.
Baru-baru ini, seorang wakil kedai serbaguna itu tampil meminta orang ramai berhenti bertindak demikian.
Menerusi satu perkongsian video, wakil tersebut berkata, kejadian yang berlaku pada malam Rabu lalu hanyalah salah faham antara stafnya dengan pelanggan.
“Di sini saya merayu kepada semua agar tidak mengecam ibu kepada adik ini,” ujarnya.
Menerusi video berdurasi 1 minit 11 saat yang dimuat naik di akaun TikTok @7elevenmalaysia_official, wakil itu juga berkata, kedua-duanya sudah bertemu empat mata dan saling bermaaf-maafan.
@7elevenmalaysia_official Reply to @_peppermintmocha ♬ original sound – 7-Eleven Malaysia
“Ibu kepada adik ini dan pekerja kami telah bertemu dan saling bermaafan, juga telah mengakui kesilapan serta salah faham ini,” katanya lagi.
Wakil itu turut menjelaskan perkara sebenar yang terjadi sekaligus meleraikan persoalan yang timbul ekoran tularnya video berkenaan.
“Adik ini datang ke 7 Eleven bersama tiga rakannya dan rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya bahawa adik ini mencuri. Jadi pekerja saya telah bertanya kepada adik ini.
“Adik ini telah berasa takut dan menangis lantas dia berlari keluar mendapatkan ibunya.
Video tular insiden wanita yang dikenali sebagai Kak Long ‘mengamuk’ gara-gara tidak berpuas hati staf 7 Eleven menuduh anaknya mencuri.
“Dalam pada itu, kami telah membuat semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati adik ini tidak mencuri dan tidak ada barang yang hilang,” jelasnya lagi.
Video tersebut tular selepas wanita berkenaan membuat siaran langsung (live) di akaun TikTok miliknya semasa kejadian berlaku pada malam Rabu (2 Mac).
“Kami telah membuat semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati adik ini tidak mencuri dan tidak ada barang yang hilang.”
Menjengah ke ruangan komen di video TikTok tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa lega kerana insiden berkenaan diselesaikan dengan baik.
“Alhamdulillah, bermaaf-maafan amat indah.
“Apa pun, puji tindakan 7Eleven. Siap cakap jangan kecam ibu tu. Terbaik team 7Eleven.“
“Penjelasan murni. Terima kasih 7Eleven,” demikian antara komen netizen.
Video TikTok penjelasan tersebut meraih melebihi 1.6 juta jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
The post ‘Hanya Salah Faham, Rayu Semua Tidak Mengecam Ibu Kepada Adik Ini – Wakil 7-Eleven Dedah Kisah Sebenar appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment