Untuk makluman, nyawa isteri tidak bergantung pada jari telunjuk pasangan semata-mata. Hanya kerana mereka diberi tempat tinggal dan kehidupan yang mencukupi, ini tidak bermakna mereka mampu bertahan sekiranya perkara yang sering terjadi amatlah menyakitkan hati mereka.
Ketepikan ego, sebarkan kasih sayang terhadap isteri dan anak-anak. Elakkanlah diri mengucapkan kata-kata negatif terhadap mereka. Inilah sepatutnya yang dilakukan oleh seorang insan yang bergelar ayah dan suami.
Seperti itulah perkongsian di akaun facebook Firdaus Shakirin berikut ini.
Jangan anggap isteri bertahan sebab dia bergantung hidup pada kita.
Kita bagi dia duit, kita bagi dia makan, kita bagi dia pakaian, kita bagi dia tempat tinggal, maka sebab itulah dia bertahan walaupun kita ni dah buat macam-macam yang menyakiti dan melukakan hatinya…
Jangan bangga bila terus menerus membuatkan isteri menangis disebabkan sikap dan layanan kita terhadapnya…
Dia bertahan dan masih kekal di situ kerana kau adalah ayah kepada anak-anaknya… kerana alasan itulah, dia letak harapan untuk pasangannya berubah walaupun dia sendiri tak nampak harapan bahawa kau akan berubah… kerana alasan itulah, dia mengenepikan perasaan, kemahuan dan impian dirinya…
Dia boleh sahaja hidup tanpa orang yang bagi dia duit, makan, pakaian dan tempat tinggal kerana keyakinan dia pada rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t, bukan pasangan…
Jangan meremehkan kemampuan mereka…
Jangan anggap mereka lemah dan tak boleh hidup tanpa seorang insan yang bernama lelaki… Apa guna hidup dengan lelaki yang berterusan tidak menghargai, menyakiti, menganiayai serta menzalimi dirinya sebagai seorang wanita yang mana sepatutnya dimuliakan kerana islam mengajar untuk memuliakan kaum hawa dan melayan isteri dengan makruf…
Berubahlah selagi masih diberikan masa untuk berubah… kita takkan pernah tahu banyak mana masa yang kita ada untuk berubah…
Belum terlambat untuk jadi seorang yang baik, yang mampu memberi manfaat kepada orang yang berada di sekeliling kita…
Untuk apa kita berkahwin kalau bukan untuk membahagiakan mereka yang berada disisi kita? Renung-renungkan…
The post Jangan Terlalu Bangga Buat Isteri Menangis, Dia Mungkin Kekal Hanya Sebab Anak appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment