Nur Sajat sebelum ini, memilih untuk berpindah ke Thailand kemudian memulakan kehidupan baharu di Australia.
Nampaknya ada ura-ura mengatakan bahawa, Safiey Illias juga akan melakukan perkara yang sama.
Memetik laman Harian Metro, timbul spekulasi mengenai Safiey yang dikatakan bakal berpindah ke Bangkok, Thailand dan didakwa menjual semua asetnya termasuk rumah, barangan rumah dan kereta mewahnya.
“Kita tak tahu mungkin rezeki saya di sana pula” – Safiey Illias
“Macam dikatakan sebelum ini, saya mahu menjual semua aset adalah untuk memulakan sesuatu yang baharu.
“Saya ingin bermula semula dari bawah. Tidak kisahlah orang nak kata apa sekalipun.
“Soal dikatakan bakal berhijrah ke Bangkok, bagi saya ini adalah pilihan dan dirasakan terbaik.
“Kita tidak tahu mungkin rezeki saya di sana pula. Lagi pula tidak salah untuk kita mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.
Mendapat sokongan netizen
Pada masa sama, dia turut berkata dia sangat terharu masih mendapat sokongan netizen di Instagram.
“Terharu sangat. Semoga asbab dahulu Allah bagi peluang sekali lagi untuk saya berniaga dan bangkit semula.
“Dulu saya tak sedar sangat perkara ini. Tapi bila dalam situasi sekarang, dapat komen macam ini pun rasa tersentuh dan bersyukur sangat.
“Bersyukur dapat bantu orang menjana pendapatan. Terima kasih semua. Segalanya adalah pengalaman.
“Kita tidak pernah kalah, kita belajar sesuatu,” tambahnya.
Hasil semakan di Facebook ahli perniagaan itu, Safiey turut memberitahu dia kini berada di kampung untuk berehat sebelum menghadapi kes mahkamah pada 3 Mac ini.
Walaupun begitu, keputusannya untuk berpindah ke Bangkok masih dalam proses kerana masih menyayangi Malaysia serta ibu dan bapanya. Akhir kata, kami doakan yang terbaik untuk Safiey.
The post Dulu Sajat, Safiey Illias Didakwa Mahu Berpindah Ke Bangkok appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment