Kehadiran seorang anak adalah anugerah terindah dalam hidup setiap pasangan. Malahan, anak juga adalah amanah yang perlu dijaga dan diberikan didikan sesuai dengan kewajipan.
Bagi umat Islam, setelah bayi lahir, ayah atau walinya disunat untuk melaungkan azan secara sederhana di telinga kanan anak, manakala iqamah di telinga kiri anak. Salah satu kelebihan azan ialah menanam benih keimanan dalam hati bayi setelah dilahirkan.
Baru-baru ini viral di akaun peribadi aplikasi TikTok @vickyjackson200, kelihatan seorang ayah sedang menggendong bayinya yang baru lahir dan bersedia untuk diazankan.
Berikut di bawah video tersebut:
Reaksi si ayah tersilap azankan bayinya yang baru lahir dirakam oleh isterinya mencuri perhatian ramai. Bahkan, si ayah turut dimarahi oleh isterinya disebabkan tidak dapat membezakan takbir raya dan azan. “Itu takbiran bang, azan bukan takbiran,” ujar si isteri kepadanya dan si suami kebingungan bertanya “azan?”.
Si suami dibawa ke masjid
Menerusi video lain, lelaki tersebut kelihatan mendukung bayinya dibawa oleh si isteri ke masjid untuk menghafal laungan azan. Si suami dengan pasrah duduk di depan masjid sambil membawa beg dan anaknya.
Yang paling menarik, isterinya sempat bergurau dan meminta suaminya untuk tidak membuatnya malu. Dia hanya membenarkan suaminya pulang setelah menghafal laungan azan. “Bagus suami dengari nasihat isteri, semoga keluarga kamu bahagia dunia akhirat” – netizen.
Jangan tertukar azan dengan takbir raya
Rata-rata netizen terhibur dengan reaksi spontan si ayah melaungkan takbir raya dan gurauan pasangan ini. Lelaki ini turut menasihati mereka yang bakal bergelar suami dan bapa untuk berulang kali melatih azan.
Berikut antara komen lain dari netizen:
The post “Jangan Tertukar Azan Dan Takbir…” – Ragam Si Bapa Tersilap Azankan Bayi Baru Lahir Dengan Takbir Raya appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment