loading...

Wednesday, 2 March 2022

“Aku Jahat Tapi Izinkan Aku Doakan….” – Pengantin Lelaki Malu Bersalaman Dengan Isteri Sampai Ibunya Paksa

Rate this post

Setiap insan mengimpikan sebuah pernikahan yang bahagia dan kekal sehingga ajal memisahkan. Bahkan, ada yang menetapkan syarat untuk ciri pasangan yang diinginkan. Nak suami soleh, bijak, sefahaman dan sebagainya.

Namun begitu, anda haruslah berusaha untuk menjadi orang yang terbaik untuk memiliki yang terbaik. Ada juga orang tua berpesan, nak suami yang baik, maka jadilah wanita yang baik.

Beberapa hari lalu, tular di aplikasi TikTok, video yang dimuatnaik oleh akaun peribadi @kashfiakif1.

Pemilik video ini memuatnaik rakaman majlis pernikahannya yang dirakam oleh ahli keluarganya. Dalam video tersebut, terlihat pasangan pengantin berada di pelaminan usai menyelesaikan akad nikah.

Pada hari tersebut, dia berasa kekok untuk bersentuhan dengan isterinya kerana terbiasa menjaga ‘ikhtilat’, iaitu batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita bukan mahram.

“1 dalam sejuta lelaki yg macam nie….untung nye isteri dia,” – netizen.

Malahan, si suami juga kelihatan gemuruh ketika memakaikan seutas gelang pada tangan isterinya. Yang lebih menarik perhatian netizen, apabila melihat ibu pengantin lelaki memaksa anaknya menyentuh isterinya yang sudah sah itu.

Menerusi video tersebut, pengantin lelaki itu gugup untuk bersalaman dengan isterinya dan kelihatan beberapa kali menarik tangannya. Dia juga mengusap dadanya berkali-kali dan mengesat peluh yang ada di tangannya pada jubah putih itu.

“Mcm ank lelaki sy..kalau ada perempuan tersentuh baju dia sikit je..balik salin terus. siap ckp dosa² pompuan pgang,” komen netizen.

Sebagian besar netizen kagum melihat sikap pengantin lelaki tersebut, yang dengan jelas menunjukkan bahawa dia telah menjaga batas pergaulan dengan baik sebelum menikah.

Berikut antara komen lain dari netizen:

Sumber TikTok

The post “Aku Jahat Tapi Izinkan Aku Doakan….” – Pengantin Lelaki Malu Bersalaman Dengan Isteri Sampai Ibunya Paksa appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...