loading...

Wednesday, 2 March 2022

“Macam Kes IU” – Komen Netizen, Dua Sahabat Baik ‘Pergi’ Tanpa Diduga

Rate this post

Sahabat itu rakan sejati dan bertuahnya jika anda memiliki individu yang benar-benar mengenal bagaimana sikap anda. Mereka setia menemani anda disaat susah dan senang.

Malahan, mereka menerima anda seadaanya setelah mengetahui kekurangan diri anda. Hargailah sahabat anda sebaiknya kerana tidak mudah untuk anda mencari pengganti.

Heboh di aplikasi TikTok, video yang telah dimuatnaik oleh akaun @Hannnn_277 yang bercerita mengenai kisah 2 orang sahabat baiknya.

Berikut di bawah video tersebut:

Menerusi video tersebut, pemilik video ini mengambil gambar mereka bertiga di saat majlis konvokesyen sahabatnya di saat mereka berumur 22 tahun. Dia berkongsi kisah dua sahabat baiknya meninggal dunia iaitu Rais, 24 tahun dan Luqman, 25 tahun.

Setelah hampir sebulan arwah Rais meninggal pada 3 Disember 2020, lelaki ini dikejutkan pula dengan berita arwah Luqman meninggal dunia pada 31 Januari 2021.

Difahamkan, arwah Luqman meninggal dunia kerana keadaan kesihatan sementara, arwah Rais meninggal dunia dalam tidur.

Menurut komen seorang doktor yang pernah merawat arwah Luqman, dia tidak pernah merungut sakit dan arwah meninggal dalam keadaan suci berwuduk. Arwah Luqman disahkan meninggal akibat penyakit kanser usus besar atau kanser kolon tahap 4.

Arwah Luqman juga sempat menulis “bro see you soon” pada kiriman keluarga arwah Rais.

sahabat
Sumber TikTok

Allah adalah perancang yang terbaik

Lelaki ini juga tidak ingin bercerita secara terperinci kerana ingin menjaga privasi keluarga sahabatnya. Dia juga memberi pesanan untuk mendoakan arwah sahabat baiknya.

“Tapi yang pasti dorang berdua pergi tanpa diduga. benarlah ajal itu rahsia Allah,” ujar pemilik video di ruangan komen.

“Ini membuatkan kita sedar betapa singkatnya kehidupan sebenarnya.” – netizen.

Sahabatnya sangat baik dan disayangi semua

Kedua-dua Luqman & Rais adalah junior saya semasa zaman diploma. Sempat kenal tapi x rapat. Tetapi kedua-duanya sangat lembut bercakap & baik. Al Fatihah” – netizen.

Aku alumni uitm puncak alam and pernah tinggal sekali dengan arwah luqman, arwah seorang yang baik sangat baik cara bercakap pun lembut jee.“- netizen.

Bersama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah buat Luqmanul Hakeem bin Mohd Ali dan Rais Salehin. Semoga mereka berdua ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Berikut antara komen lain dari netizen:

sahabat baik selamanya
Sumber – TikTok

The post “Macam Kes IU” – Komen Netizen, Dua Sahabat Baik ‘Pergi’ Tanpa Diduga appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...