loading...

Friday, 4 March 2022

‘3 Tahun Suami Tak Kerja, Makan Pun Kena Catu’ – Isteri Serba Salah Nak Cerai

Rate this post

Setiap daripada kita tak boleh lari daripada masalah hidup, tidak kira kecil atau besar. Begitu juga dengan kehidupan dalam sesebuah rumah tangga.

Tiada seorang pasangan pun yang mahu rumah tangga mereka musnah di tengah jalan.

Tetapi jika tidak ada jalan lain, perpisahan adalah penyelesaian yang terbaik.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang personaliti TV, Fedtri Yahya di twitter mengenai kenyataan seorang wanita yang ingin meminta cerai kerana tidak tahan hidup bersama suami yang tidak bekerja.

Meneruskan penulisan yang dikongsikan itu, wanita ini mengakui salah mahu berpisah dengan suaminya yang bermasalah. Baca berikut ini:

Foto Ilustrasi

Suami dah 3 tahun tak kerja. Makan, minum, bil utiliti hasil saving suami tapi dah habis lama dah. Dan hasil dari duit kerajaan bagi contoh BRIM dan hasil pajakan kemas gelang tangan dan rantai itu pun dah hampir habis.

Dakwa wanita ini lagi, makanan harian pula terpaksa ‘dicatu’ memandangkan mereka mahu berjimat cermat.

Lebih menyedihkan apabila mereka sekeluarga jarang sekali dapat menikmati ayam dan ikan.

Malah anak-anak juga tidak dibenarkan ke sekolah kerana bimbang anak-anak akan divaksin secara senyap-senyap.

Meskipun dia dan suami dan berbincang mengenai masalah rumah tangga mereka, namun tiada penyelesaian.

Keluarga memang tak nak masuk campur lagi dan atas alasan takut dengan suami yang panas baran dan suka buat perangai gila.

Saya cuma nak cari cara penyelesaian masalah ni tapi saya tak jumpa jalan. Saya sendiri tak ada simpanan.

Luahan wanita tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya mendakwa si suami yang ‘bermasalah’ kerana tidak mampu menjaga kebajikan keluarga.

Namun ada juga mendakwa sekiranya si suami tidak boleh bekerja kerana sakit atau sebagainya, terdapat cara lain untuk memperoleh wang seperti berniaga secara atas talian.

Oleh hal demikian, mereka mencadangkan wanita tersebut pergi ke mahkamah syariah untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya.

The post ‘3 Tahun Suami Tak Kerja, Makan Pun Kena Catu’ – Isteri Serba Salah Nak Cerai appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...