Di era ekonomi digital kini, tiada lagi alasan untuk kita berkata tidak ada duit kecuali kita memang taknak berusaha.
Di era ekonomi digital kini, tiada lagi alasan untuk kita berkata tidak ada duit kecuali kita memang taknak berusaha.
Wujudnya pelbagai platform laman sosial kini memberi manfaat jika digunakan secara bijak, kita mampu menjana pendapatan yang sangat luar biasa hasilnya.
Inilah kisahnya mengenai seorang gadis berusia 17 tahun, Nurin Lofa Adrianna Kirana.
Jana pendapatan melalui paid review (ulasan berbayar)
Difahamkan, gadis cantik ini menjana pendapatan melalui paid review atau ulasan berbayar yang dibuat selama ini, dan dia sudah berjaya membeli dua buah kereta.
Pada tahun lalu dia membeli sebuah kereta terpakai keluaran tempatan dan pada minggu lepas dia sekali lagi tersenyum apabila berjaya memiliki sebuah Toyota Vellfire.
Memetik laman mStar lagi, dia yang mesra disapa Nurin mengakui sama sekali tidak menyangka rezekinya cukup murah sejak menyertai TikTok pada Ogos tahun 2021 yang lalu.
“Saya sudah beli sebuah kereta terpakai tahun lepas. Ini kereta kedua. Paling banyak saya dapat tentunya menerusi paid review.
“Memang tak sangka sangat, masa pertama kali buat review saya pun tak yakin. Saya buat pun sebab ada orang minta.
“Lepas percubaan pertama, pemilik bisnes tu kata dia tak menang tangan layan peIanggan. Bermula dari situ saya tekad untuk buat berterusan,” ujarnya yang memiliki 746,000 pengikut di TikTok.
Kehidupan berubah sekelip mata
“Dulu kereta umi saya sangat nazak. Ada orang kat sekolah yang ejek, hina kereta tu. Sebab tu saya beli sebuah kereta terpakai tahun lepas.
“Rasa macam tak percaya benda tu berubah sekelip mata. Sebelum ni pun, bilik saya berlantaikan tikar getah je.
“Tapi bila naik macam ni, saya tengok sekeliling saya berubah. Alhamdulillah boleh tanggung keluarga juga,” ujarnya.
Aplikasi TikTok boleh menjana wang jika diguna dengan betul
Kata Nurin yang popular kerana video membebel di TikTok, aplikasi itu boleh menjana wang jika digunakan dengan betul.
“Walaupun saya selalu buat video membebel, saya selitkan dengan kata-kata positif. Guna ke arah yang betul.
“Saya cuma nak cakap, yang mana kecam atau sokong saya… terima kasih. Apa sahaja yang dikecam, saya ambil positif,” ujarnya lagi.
The post ‘Siapa Kata Membebel Di TikTok Sia-Sia?’ – Gadis 17 Tahun Berjaya, Mampu Beli Vellfire Baru appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment