Baru-baru ini, tular satu video seorang ibu tunggal, Nur Haslinda Shahira Mohd Hashim, 21, yang terpaksa membawa bayi lelakinya yang berusia sembilan bulan ke tempat kerja.
Menurut wanita yang bekerja syif malam di sebuah gedung serbaneka di Port Dickson, Negeri Sembilan, kejadian hari itu menyebabkan dia terpaksa membawa anaknya ke tempat kerja.
“Saya bekerja di 7-Eleven, saya mahu mengambil penjaga yang tidak mampu membayar gaji. Mak ayah jual kuih, hantar bekal ke gerai makan, tak ada kerja tetap, jadi selalunya saya minta tolong jaga anak.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Haslinda selalu bekerja syif malam di kedai serbaneka.
“Mengenai video yang dirakam, masa tu saya terpaksa bawa anak ke tempat kerja sebab dia menangis tak berhenti. Dia tak sakit cuma nak ada bau ibu di sebelah. Saya tak tahu nak buat apa untuk pujuk dia.
“Sebenarnya manager tak bagi bawa anak ke tempat kerja. Tapi malam tu nasib baik dia benarkan selepas saya minta budi bicaranya,” ujarnya yang mesra dipanggil Haslinda.
Wanita ini mengakui adalah sukar untuk bekerja sambil menjaga anaknya, Muhammad Adam Aadhif sejak bercerai kira-kira enam bulan lalu sehingga terpaksa mendapatkan bantuan ibu bapanya.
Kata anak kedua daripada enam beradik itu, sesukar mana pun, dia tetap menjaga anaknya walaupun terpaksa menanggung beban membesarkan bayi lelakinya itu.
Menurut Haslinda, selepas bercerai dia mengambil keputusan untuk mencari rezeki sendiri dan mula bekerja di gedung berkaitan tetapi hanya bertahan selama tiga bulan.
“Memang tidak dinafikan jadi single mom ni susah. Kos perbelanjaan bila ada anak pun besar. Tapi saat tengok wajah anak masa tidur, hati jadi sayu.
“Saya tak akan putus asa demi masa depan anak. Selagi mampu, saya akan terus mencari rezeki,” jelasnya yang kini menetap bersama keluarganya di Port Dickson dan turut membantu ibunya berniaga kuih.
Bercerita mengenai kejadian ketika bekerja di kedai serbaneka itu, wanita yang berasal dari Sendayan, Negeri Sembilan ini membawa motosikal sambil membawa anaknya ke tempat kerja yang jaraknya kira-kira 15 minit dari rumah.
Tambah Haslinda lagi, perkongsian video di TikTok itu hanya untuk simpanan peribadi tetapi tidak menyangka mendapat perhatian sekiranya ramai netizen mendoakannya.
“Lepas saya post video di TikTok, tak sangka ramai lagi yang senasib dengan saya.
“Ada juga yang minta tips macam mana boleh jaga anak sebab dalam video saya post tu anak tak meragam, dia tidur elok je,” katanya yang kini sedang mencari pekerjaan baharu di kawasan Bandar Sri Sendayan, yang lebih dekat dengan rumah keluarganya.
Biarpun kini terpaksa memulakan kehidupan baharu, dia tetap teruja selepas menerima banyak kata-kata positif daripada orang ramai.
The post Ibu Muda Bawa Bayi 9 Bulan Naik Moto Keje Shif Malam Cari Rezeki appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment