Sharifah Sakinah, pelako baru-baru ini mendedahkan dia dan seorang lelaki soleh bernama Michael Hansen sebenarnya sudah bergelar suami isteri.
Dia tidak menghebahkan perihal perkahwinan itu atas faktor peribadi dan agama.
Terbaru, Sharifah Sakinah telah menjawab tuduhan tidak berasas netizen berkenaan status agamanya. Dalam pesanan Direct Message (DM), seorang netizen dengan bersahaja mengucapkan tahniah kepadanya dan menuduhnya kini menganut agama Kristian.
Suami Sharifah Sakinah sudah memeluk Islam
Berikutan itu, dalam kiriman di Instagram terkini, pelakon itu memuat naik kad akuan si suami yang sudah memeluk Islam. Kad tersebut dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.
Dalam hantaran tersebut, pelakon ini turut menjelaskan punca utama dia tidak mendedahkan status agama suami kepada umum.
“Kami tak post bukti sebab tak nak mengharu birukan keluar mentua ya. Cuba anak awak tiba-tiba kena convert Hindu mau mak awak melenting tak? Nak sangat bukti swipe lah. Terima kasihlah sebab mengharu birukan keadaan.” – Sharifah Sakinah
Catatan mengenai perkara ini bagaimanapun telah dipadamkan.
The post Netizen Tuduh Sharifah Sakinah Tukar Agama, Ini Penjelasannya appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment