loading...

Sunday, 6 February 2022

Isteri Kedua Akui Suaminya Tak Pernah ‘Sentuh’ Kerana Fikirkan Isteri Pertama

Baru-baru ini tular di Facebook, satu perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Amirah Doby yang mendedahkan kisah pelik yang dialami oleh rakan kenalannya.

Menurut Amirah, rakannya itu merupakan isteri kedua dan dia mula keliru kerana sepanjang 3 tahun mendirikan rumah tangga, dia tidak pernah disentuh oleh suaminya.

Dimaklumkan, suaminya memberi alasan dia tertekan kerana memikirkan isteri pertama yang sangat marah apabila mendapati dirinya dimadukan.

“Berkahwin dengan suami orang, saya tidak pernah disentuh sekalipun walaupun saya isteri kedua.”

Jika disyaki mengalami masalah kesihatan yang merosakkan mood untuk bersama, suaminya mula berang selepas dicadangkan untuk berubat sebagai jalan penyelesaian.

Meneliti ruangan komen di perkongsian tersebut, rata-rata netizen turut terkejut dengan perkongsian cerita tersebut dan memberikan pendapat masing-masing.

“Kena bomoh dari isteri pertamalah, tak boleh bersama dengan perempuan lain.” – Netizen 1.

“Ada benda tak kena pada suami dia, macam mana isteri muda boleh tahan sampai 3 tahun?” – Netizen 2.

Ketahuilah, Kaum lelaki ini memang sangat berahsia orangnya. Ada saja alasan yang diberikan.

Bagaimanapun, itu boleh dikatakan adalah satu tanda suami sebenarnya dah tak sayang dan tindakan suaminya itu adalah sangat kurang ajar!

8 Tanda Suami Tak Sayang Isteri Lagi

Ladies, jangan keliru dengan perangai suami yang tak pandai tunjuk kasih sayang berbanding sikap suami yang memang tak sayangkan kita langsung.

Jika anda masih salah, 8 tanda berikut suami anda tidak sayang isteri anda berikut ini akan membuka mata anda.

Suami tidak lagi mahu berkomunikasi

Disini bukanlah tentang suami yang memangnya seorang pendiam, tetapi merujuk kepada suami yang dulunya mesra dan manis mulut, kini diam seribu bahasa di rumah.

Apatah lagi jika dia tidak lagi mahu berbual dengan anda terus!

Suami mudah marah walaupun perihal remeh

Antara tanda suami tidak sayang isteri lagi ialah dia kini sudah bertukar menjadi seorang yang cepat marah.

Contohnya, ditanya sedikit terus melenting marah. Duduk sebelah dia pun buat dia rasa meluat dan marah! Ini sudah pasti ada yang tidak kena dengan si suami.

Suami enggan berbaik semula

Apabila tiada rasa cinta, mudah untuk kita bergaduh. Apabila baru bercinta, kita mudah putus cinta. Tetapi apabila cinta itu pudar, kita tidak kisah lagi.

Jika ada suami dalam sikap itu, ketahuilah dia mungkin tidak rasa cinta lagi kepada anda sebagai isteri.

Suami tidak lagi menghormati dan menghargai isteri

Anda tahu apa yang salah antara tanda-tanda lelaki benar-benar mencintai seorang wanita? Dia akan menghormati dirinya dan menghargai pengorbanan isterinya.

Jika sikap dan tindakannya bertentangan, ini kerana dia mungkin telah kehilangan hati.

Tiada lagi hubungan intim…

Jika suami anda tidak melakukan hubungan intin sekerap dahulu, itu mungkin kerana dia letih atau tertekan di tempat kerja.

Tetapi, jika dia asyik mengelak berbulan-bulan (atau bertahun-tahun) dan langsung tak mahu sentuh kita, itu boleh jadi petanda si suami tak sayangkan isteri!

Suami tak nak pujuk lagi

Dulu bila bercinta, bukan main lagi suami beli bunga, coklat, beg tangan dan macam-macam hadiah untuk memikat hati. Biasanya, selepas berkahwin, aktiviti romantik ini akan berkurangan. Ya, itu perkara biasa.

Tetapi jika dia langsung tidak mahu memujuk kita apabila kita merajuk dan buat bodoh, itu mungkin tanda cintanya kepada isteri tidak lagi seperti dulu.

Suami enggan pulang ke kampung kita

Cinta sejati akan membuatkan seorang lelaki cuba untuk menggembirakan hati orang yang dia benar-benar cintai.

Semestinya, antara perkara yang paling menggembirakan isteri adalah apabila suami mengajak pulang ke kampung anda pada hujung minggu. Dia nak kita berjumpa mak dan ayah kita.

Tetapi, jika suami anda sering mencari alasan untuk tidak pulang ke kampung atau sekadar berkeras mahu pulang ke kampung. Percayalah, dia sudah tidak menghormati dan menyayangi anda secara jujur.

Suami asyik tiada di rumah

Cuba fikir berapa jam sehari suami anda berada di rumah? Jika dia hanya cuma ketika waktu tidur dan selebihnya keluar berjumpa kawan-kawan, anda perlu tahu bahawa dia adalah tanda si suami tidak menyayangi isterinya.

Kenapa? Seseorang yang sangat menyayangi isteri tidak akan mahu berjauhan lama dengan isteri dan ingin sentiasa melakukan aktiviti bersama.

Akhir kata, Jika anda rasa sedih kerana merasakan suami anda tidak lagi menyayangi anda seperti dahulu, ketahuilah anda masih boleh membuat sesuatu.

The post Isteri Kedua Akui Suaminya Tak Pernah ‘Sentuh’ Kerana Fikirkan Isteri Pertama appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...